Friday, June 13, 2014

Harga Vitamin Shaklee Sangat Mahal??!

Assalamualaikum..

Sebelum ni saya dah bincangkan mengenai Set Lengkap Kesuburan dan Tips untuk Tingkatkan kesuburan dalam entry yang terdahulu. 


Ada yang berpendapat bahawa produk Shaklee ni mahal-mahal! Eh, iyer ke? Hehe..

Pada saya, harganya adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kualiti dan 'BRAND' nya yang dah memang tersohor di seluruh dunia! Contohnya, vitamin-vitamin asas yang boleh kita amalkan setiap hari untuk memelihara kesihatan berpanjangan, 

B-Complex. Sebotol mengandungi 120 biji, hanya perlu makan sebiji sahaja sehari, jadi sebotol boleh bertahan hingga empat (4) bulan! Jadi, mari kira, berapa harga sebiji vitamin B-Complex ni. 

Harga sebotol hanyalah serendah RM 53.75 sahaja. Bahagi dengan 120 biji, maka, sebiji B-Complex Shaklee hanya berharga RM 0.50 ja! Apa manfaat B-Complex pada tubuh kita? Boleh baca di sini.

SR Vita C Plus. Sebotol ada 180 biji Vitamin C. Makan sebiji sahaja sehari. Hanya bila ketika kita rasa seperti nak demam selsema, boleh ambil dua biji sehari. Walaubagaimanapun, dinasihatkan untuk makan hanya maksimum 1000 mg vitamin C sehari. Jadi, sebotol SR Vita C Plus Shaklee boleh bertahan hingga enam (6) bulan! Jenuh nak menghabiskannya kan? Hehe.
Harga? RM 92.50 sahaja. Sebiji? Hanya RM 0.52 sahaja. Yang istimewanya, satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Klik untuk ketahui lebih banyak manfaat SR Vita C Plus Shaklee yang tiada pada vitamin C jenama lain. 

Vita-Lea. Ada 120 biji dalam sebotol Vita-lea Shaklee. Sebiji sehari memadai untuk memberikan tenaga kepada tubuh kita melakukan kerja seharian. Vita-Lea adalah pelengkap nutrisi dan mineral penting yang diperlukan tubuh. Kalau tak mampu nak beli setiap jenis vitamin, ambil Vita-lea sahaja pun sudah memadai, kita dapat semua 28 jenis multivitamin dan mineral yang perlu untuk tubuh. 

Harga sebotol adalah RM 88.75 untuk kegunaan selama empat (4) bulan. Dibahagi dengan 120 biji, maka harga sebiji atau kos sehari untuk nutrisi lengkap hanya serendah RM 0.74 sahaja! Murah kan? 

Alfalfa Complex. Ada dua saiz botol. 330 biji dan 700 biji. Kalau ikut cadangan pada botol, disarankan untuk mengambil 10 biji sehari. Tetapi, diingatkan, Alfalfa Complex adalah dihasilkan daripada herba, mungkin ada yang tak tahan dengan herba. Selalunya, saya akan nasihatkan customer saya mulakan dengan dos rendah, iaitu 4-5 biji sahaja sehari. Apa yang bestnya mengenai Alfalfa Complex ni? Alfalfa Complex bertindak sebagai ejen detoks dan mencuci usus, darah dan hati :)

Harga sebotol Alfalfa saiz kecil ialah RM 53.75 (330 biji) dan saiz besar ialah RM 97.50 (700 biji). Boleh guna dalam tempoh 1-2 bulan untuk saiz kecil dan 3-4 bulan untuk saiz besar. 

So, macam mana pendapat anda? Murah ja kan sebenarnya? Tak lah semahal yang di war-warkan! Beli handbag beratus no hal, takkan vitamin untuk kesihatan tak mampu nak beli kan? Hehe.. Tepuk dada, tanya lah hati ^_^


Cara saya, saya beli satu2 vitamin dalam sebulan. Mula dengan Alfalfa Complex untuk detoks. Penting detoks dulu, supaya toksin boleh dikeluarkan, nanti nutrisi dari vitamin lain dapat diserap oleh badan dengan lebih baik!

Bulan berikutnya, beli pula SR Vita C. Untuk merawat jerawat dan masalah tona kulit tak sekata :) Alhamdulillah.. Sangat best Vit C ni.. Jerawat dah segan nak naik di muka. Masalah jerawat saya ni dah sejak dari bangku sekolah lagi =) Setiap bulan saya tambah koleksi ^_^

Nak harga lebih murah? Saya join ahli =) Boleh beli harga murah, lepas tu sambil2 jual.. Saya beli vitamin shaklee hanya dengan duit bonus Shaklee.. Hehe.. Jimat di situ =)

Nak tengok koleksi saya ? 

.
.
.
Tadaaa!!

# set kecantikan kulit
SR Vit C + Vita E

# Set Kurus
Alfalfa + Herb-lax + Omega Guard + Lecithin

# Set Inch Loss
ESP + Cinch Tea Mix

# Healthy Home
Basic H

#Skin Care Nutriwhite
 Gentle Deep Foaming Cleanser 

Banyak kan? Hehehe.. Haruslah mencuba kalau boleh semua produk dalam Shaklee nih. Tapi, mulakan dengan yang utama dahulu :)

Nak dapatkan harga ahli juga? Boleh jer. Jom daftar AHLI sekarang. Hanya serendah RM 75 sahaja untuk seumur hidup ^_^

Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut:

---------------------------------------------------
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No  :016 303 1954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

No comments:

Post a Comment