Tuesday, June 17, 2014

Rancangan Aktiviti Masak-masak Hari Ini

Assalamualaikum..

Selamat pagi! =)

Meng'update' blog sambil menghirup cinch mix tea, untuk energy booster sepanjang hari ni, dan nak block kolesterol dan lemak dari melekat dan menjadi lemak tepu. Banyak list to do hari ini. Mulakan dengan membasuh baju yang dah melimpah bakul besar tu. Nanti nak sidai lagi (ok, yang ni tipu, sebab MIL saya yang selalunya akan buat! Haha!) Hari ni janji nak buat cupcake dengan kakak Damia. Plan nak buat Hokkaido Chiffon Cupcake, tapi, tak tau bahan cukup ke tak. Teringin sangat! Pernah beli kat Bread History, memang sedap yang amat! Nak buat Baked Macaroni pun iyer juga. Haha! Banyak sungguh nak masak. Sebulan ni memang dah tak jaga sangat makan. Mungkin sebab berselang seli dengan ganti puasa, tu yang konon-konon ada alasan kukuh untuk melahap tu :D Tapi, nasib baik, berat yang dah dapat hari tu, masih maintain lagi. 54kg u! Berat sebelum kawin kot tu. Haha. So far, saya dah turun 4 kg lah ;p. Suka! 

Hamboi, kemain panjang lagi intro. 
Pardon me. >_<
Kalau dah start story telling tu, memang berjela dengan details nya lagi. Hehe. ^_^

So, sebab dah kata nak buat cupcake hari ni, harus lah mencari dan meminjam resepi dan tempek dekat sini. Untuk rujukan masa akan datang :)
Motif nak tulis resepi sebelum mencuba baking sendiri?? 
...
Sebab nak update blog jer. Haha. Nanti dah ada hasil masakan, buat entry lain pula :D 
Target setiap hari update blog sekurang-kurang 3 entries kan. Hihi

Ok, let's straight to the recipes!

Recipe Hokkaido Chiffon Cupcake 
Nama Jepun, mestilah originated from Japan juga :)
First time terbaca on this blog, Dr. Raihanna yang cute, tapi passion dia lebih kepada baking ^_^ 
Best refer blog dia kalau nak baking, sebab ada step by step pics tau! Thanks for the effort, Doc! Ok, resepi cupcake ni saya copy dari blog raihannavanilla.blogspot.com ni. 

BAHAN A:

  • 4 biji kuning telur
  • 30gm gula Castor
  •  40ml susu segar 
  • 40ml minyak jagung
  • sedikit esen vanilla
  • 55 gm tepung cake(rai guna tepung gandum je)
  • 20 gm tepung kastard(rai guna bird custard)
  • 1 sudu teh baking powder
Cara2 membuat bahan A:
1. Satukan gula dan kuning telur dan kacau dengan menggunakan whisk sahaja sehingga menjadi putih sedikit. 
2. Kemudian masukkan minyak jagung, susu dan esen vanilla tadi.
3. Masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung yang dah diayak tadi.
4. Kacau sikit just bagi sebati sahaja.. Ketepikan sekejap..

Bahan B:
  •  80gm gula castor
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 4 biji putih telur (pastikan takde benda asing macam minyak atau air..kalau tak takkan jadi)
Cara membuat bahan B:
1. Pukul putih telur dengan menggunakan mixer(high speed) sampai ia kembang dan berbuih.
2. Bila dah nampak dia kembang dan berbuih, masukan sedikit demi sedikit gula castor tu.
 3. Sambung pukul lagi sehingga dia kembang.
4. Sampai dapat soft peak "bertanduk". Tak perlu tanduk bercabang2 yea.. 

Ok sekarang kita nak satukan bahan A dan bahan B tadi...
1. Ambil sedikit bahagian B(adunan putih telur tadi)... campurkan dalam bahan A(adunan kuning telur+ tepung)
2. Jangan gunakan mixer... hanya pakai senduk atau spatula dengan teknik kaup balik. Masuk sedikit demi sedikit, kaup balik sampai semua adunan habis. Ada sebab tak guna mixer. Nanti cupcake anda tak gebu dan akan padat so hilang la struktur dia nanti..
3. Masukkan dalam bekas cupcake paras 3/4. Bakar 15-20 min suhu 170 celsius.
4. Ok bila dah masak, sejukkan pada suhu bilik. Jangan sedih kalau mula2 dia gebu beria2 tapi lepas masak dia akan terbenam sket and mengecut. Memang struktur dia macamni...

Bahan-bahan Cream Custard:
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung/tepung kastard
  • 4 sudu besar gula
  • 200ml susu segar 
  • 1 bji telur + sedikit esen vanilla
  • 1 sudu besar mentega
Cara2 membuatnya:
1.Masukkan tepung,tepung jagung dan gula ke dalam periuk
2. Masukkan 1-3 sudu besar susu. kacau rata jangan ada yang berketul2..
3.Masukkan telur dan esen vanilla... kacau rata
4. Masukkan baki susu dan kacau sebati
5. Masak di atas api sederhana
6. Kena sentiasa kacau dengan whisk ea....
tak boleh tinggal atau biarkan...sentiasa kena kacau

7. Kacau sehinga ia pekat dan berkilat... dah boleh dah angkat. Sejukkan sedikit biar sampai leh rasa cm suam2.
8. Masukkan kastard yang suam2 tadi ke dalam piping bag. Jangan masukkan kastard masa dia ngah panas2 tu okies.. Haaa cucuk saja dalam2 then INJECT dia!

Nak tengok rupa Hokkaido Chiffon Cupcake

Beginilah rupanya.. Tadaaa..


Nampak sedap sangat kan?

Drooling.... Custard filling.. Tak sabarnya nak try!

Hias ikut kreativiti sendiri!
(Gambar semua dari gugel yer ;p)

Resepi Baked Macaroni

Resepi ni saya copy and paste dari blog emiliaputeri.blogspot.com 
Tutorial bergambar disertakan sekali. Fuh, rajin sungguh depa ni.. Supermom! Hehe.. TQ sis yer :)

Bahan-bahan

125gm Makaroni
200gm daging kisar
1/2 biji bawang besar - potong dadu (saya kisar)
2 ulas bawang putih - cicang (saya kisar)
1/2sb serbuk kari daging
1sb sos cili
1/2 sb sos tomato
2 biji telur
1sb mentega untuk tumis
1/2 cwn susu segar

Keju Mozarella secukupnya

Bahan Sos Putih
200ml susu segar
1sb tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam dan garam
sedikit butter untuk tumis

Cara-cara

  1. Rebus Makaroni sehingga lembut. Angkat dan toskan. Pukul telur dengan susu segar. Masukkan telur + susu tu dalam makaroni dan gaul rata.
  2. Panaskan mentega dalam kuali. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Apabila naik bau, masukkan sos cili, sos tomato dan serbuk kari. Tumis seketika.
  3. Masukkan daging kisar. Kacau sebati dan tambah garam secukup rasa. Suka hatilah kalau nak tambah lobak merah dan kacang buncis. 
  4. Apabila daging masak, masukkan makaroni. Kacau rata. 
  5. Lepas tu sediakan sos putih. panaskan mentega. Masukkan susu segar, tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam. Kacau sehingga mendidih.
  6. Kemudian, sapu sedikit mentega pada loyang. Letak makaroni tadi. 
  7. Tuangkan sos putih.
  8. Akhir sekali tabur parutan keju Mozarella.
  9. Panaskan oven 180 darjah. Bakar sehingga bahagian atas keju tu berwarna perang.

Gambar pinjam dari en. gugel.. Ada watermark tu, dari dayangjack.blogspot.com =)

Sedapnya kan?! Menggemukkan ni sebab banyak CHEESE =) Makan sekali sekala takpa ;p


Semoga menjadi plan hari ini :)
Ummi yang teringin lebih. Ahaks! Nak ajak ayah p beli Chiffon cupcake tu memang kirim salam lah ;p

One reason why I should/kemaruk nak jadi preggy mama sekali lagi, boleh DEMAND dan mengada lebih! Haha.


Okies semua. Bye! 
Jumpa lagi di lain entry :D (perasan macam ada orang folo blog dia ja..kiki! Lambat laun, insyaAllah)


OK, siapa-siapa nak cuba Cinch Mix Tea or Slimming Set Shaklee, contact saya @ 0163031954
or inbox saya kat FB : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou

No comments:

Post a Comment