Saturday, June 07, 2014

Apabila Anak Tak Sihat..

Assalamualaikum..

Skip banyak hari juga selepas latest entry..
Sesungguhnya, kita merancang, Allah juga merancang.. Dan perancangan Allah jua yang terbaik.. Pasti ada hikmah disebalik semuanya.. :)

Si kecil saya demam on off minggu ni. Diburukkan pula keadaan kali ini demamnya ditemani batuk dan selsema.
Fuh! Amatlah mencabar menjaganya sepanjang 3 hari tak sihat ni. Merap bukan main lagi kali ni! Berdukung sepanjang masa, hanya waktu dah terlena sahaja boleh letak dalam buaian atau atas tilam. Kesian sangat bila anak sakit ni. Yelah, depa tak tau nak bagitau sakit yang dialami. Kalau lah ummi ada superpower, boleh sedut sakit tu ke badan ummi, memang ummi buat dah.

Masalah besar bila anak-anak ummi tak sihat, demam dan sebagainya, adalah kedua-duanya sangatlah bermusuhan dengan ubat! (Ikut ummi kot.. Hihi) Langsung tak layan ubat-ubat ni. Bak mai lah perisa apa pun ubat tu!! Huhu.. Bancuhkan ke dalam susu or air bancuhan pun boleh detect! Memang reject terus. Jenuh ummi nak bagi ubat. Dah paksa makan ubat, nanti diluahnya balik. Sudahnya, bila anak-anak ummi tak sihat, memang ummi tak bagi dah ubat. Bagi lega sendiri ja lah :)

Alhamdulillah. Si adik, Dafinah dah beransur sihat. Hari ni lebih ceria, boleh gelak, gurau dan berlari kelililng rumah! Bersenam keluarkan peluh gamaknya. Haha.. Tapi, tidur malam ummi masih tak lena disebabkan batuknya yang agak teruk. Ummi dengar pun kesian. Macam batuk kering dah bunyinya..

Masa anak-anak sakit ni baru teringat akan nutriferon Shaklee. Tapi, sayangnya, ummi tak simpan stok dan tak terfikir nak beli! Bad ummi! Huhu.. Nutriferon Shaklee dikatakan Perisai Tubuh yang memelihara tubuh dari diserang penyakit atau melegakan sakit demam dengan lebih cepat!


Antara manfaat utama Nutriferon adalah:

  • Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari!
  • Melawan kanser dan tumor
  • melindungi dari influenza
  • Meringankan stress dan kelesuan
  • Melambatkan penuaan
  • Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B dan C
  • Mempertingkatkan menopaus
  • Mempertingkatkan PMS
Bagaimana memberikan Nutriferon untuk kanak-kanak?
Mengikut pengalaman pengguna yang telah menggunakannya untuk merawat demam anak-anak, Nutriferon boleh dicampurkan ke dalam susu atau minuman anak. Ada juga yang bagi je kat anak ratah macam tu sahaja :) Hebat anak-anak mereka ni. Hihi.. Kalau rasanya sedap, mungkin Damia dan Dafinah boleh juga ambil Nutriferon ni bila tak sihat ^_^
Oleh sebab Dafinah dah beransur sihat, niat ummi nak belikan Nutriferon ditunda lah dahulu :) 
Semoga batuknya juga akan semakin hilang sehari dua ni. Kesian anak ummi.. Makan pun tak lalu dah..



Nak dapatkan IMUN BOOSTER untuk anda seisi keluarga?


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut:
---------------------------------------------------
Elda Malissa
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
✆ Contact No | :016 303 1954
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

No comments:

Post a Comment