Saturday, April 26, 2014

Bahaya Toksin Pada Tubuh Kita

Peringatan!

Sila sediakan cebok (kata orang utaqa untuk gayung) di sebelah anda, mana tahu ada yang termuntah tengok gambar-gambar dalam entry ni.
Saya pun macam tak sanggup nak tengok apatah lagi letak dalam blog ni, tapi kita nak belajar kan, kenalah dengan image aids, baru efektif sesi pembelajaran tu =)
Dah cakap macam pensyarah pula.. Hihi

Ok, hari ini saya hendak berkongsi tentang bahaya toksin pada tubuh dan bagaimana ianya mempengaruhi kesihatan kita.

Apa dia toksin? Sama kah dengan toksid? Toksik? Tok tik? Tik tok?? >_< 



Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, toksik bermaksud beracun dan toksin ialah bahan beracun yang dihasilkan oleh bakteria dalam organisma hidup atau mati yang boleh menyebabkan penyakit tertentuDan tiada padanan untuk toksid dan ejaan yang betul ialah toksik yang dipinjam daripada perkataan Inggeris, Toxic. - sumber

Ok, sudah faham perbezaan toksin dan toksik? Toksik adalah merujuk kepada bahan-bahan beracun dari sisa buangan kimia. Nak tahu lanjut tentang toksik, sila telefon pejabat penerangan Jabatan Alam Sekitar =p

Jadi, entri ini lebih fokus kepada toksin. ^_^ 

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Nama pun dah beracun, mahukah atau patutkah kita simpan toksin dalam tubuh kita? Cuba tengok gambar di bawah. Ada rasa nak muntah dah >_<


Kalau tubuh kita transparent, boleh tengok keadaan dalam tubuh masing-masing. Inilah keadaan yang akan kita lihat dalam usus atau tubuh kita. Tak seram lagi? Tak patut kita ternak toksin tu dalam tubuh dan biarkan ia merebak ke seluruh badan.

Toksin bukan sahaja menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan kita secara normal, tetapi juga dapat mengikuti peredaran darah ke bahagian-bahagian organ tubuh kita, lalu merosakkan system sirkulasi (pembuluh-pembuluh darah), organ-organ penyaring (sistem hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran (sistem gastrousus).


Sakit adalah berpunca daripada kegagalan tubuh manusia menyingkirkan buangan. Contohnya, lendir/mucus, serta toksin yang menghalangi fungsi-fungsi normal tubuh manusia. 

Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh. Toksin yang berada dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai bahagian dalam organ dan merosakkannya.





Bagaimana toksin terjadi?


  • Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
  • Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen
  • Merokok
  • Memakan buah-buahan atau sayur-sayuran yang diawet dengan bahan kimia
  • Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku



Tanda-tanda seseorang banyak toksin


  • Mudah berasa letih tanpa sebarang sebab

  • Susah bangun tidur 
  • Bahagian keliling mata gelap
  • Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit (bawah lengan, celah paha dan sebagainya) kelihatan lebih gelap dari warna asal kulit
  • Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi dan sinus
  • Berat badan meningkat dan kehadiran selulit
  • Masalah jerawat
Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih dan lemah, dan mudah dihidapi penyakit. Sebab itu, tubuh perlu melalui proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat.

Bagaimana cara membuang toksin? 

  • Detoks - Detoks umpama agen pencuci yang mengikis dinding usus yang terlekat dengan sisa buangan yang tidak pernah dibuang dalam tempoh yang sepatutnya.
  • Senaman - Dengan senaman, toksin akan keluar melalui perkumuhan (peluh)
  • Refleksologi - Sebahagian dari toksin tak dapat dikeluarkan dari badan dan akan mendap di bahagian kaki. Jadi, di sini pentingnya refleksologi kerana menurut perubatan Cina, kaki adalah umpama jantung kedua dengan mempunyai lebih 60 titik akupuntur. Melalui titik-titik ini, toksin akan disedut keluar.
  • Berpuasa - Nabi Muhammad SAW bersabda "Sumber segala penyakit adalah perut, perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu adalah ubat" (H.R. Muslim)

Shaklee juga menyediakan supplemen untuk tujuan detoksifikasi. 

# Herb-lax - untuk membersihkan usus
# Alfalfa Complex - untuk mencuci hati, darah dan usus
# DTX Complex - untuk mencuci hati
# Garlic - mencuci darah 



Hubungi saya: 
FB : https://www.facebook.com/eldamalissa 
FanPage: https://www.facebook.com/healthybetteryou 
Email: mylovehds@gmail.com 
Contact: 0163031954 
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya

No comments:

Post a Comment