Saturday, April 26, 2014

Herb-lax Shaklee: Manfaat dan Kelebihannya

Assalamualaikum..

Siapa lagi yang lebih mengenali kita selain ibu bapa kita? Of course lah suami/isteri kita kan? Bagi yang dah berumah tangga lah.. Hehe..
Itulah yang berlaku hari ini..

Kebiasaan saya sebelum kenal Herb-lax Shaklee, kalau check in dalam bilik kecil untuk buat 'pelaburan', kadang kala makan masa sampai 15-20minit. Itupun, kadang-kadang keluar dengan hampa, pelaburan tiada pulangan :( 
Atau kadang-kadang, berjaya buat pelaburan, tapi susahnya nak mendepositkan hasil tadi ke bank! Kes saluran tersumbat! Kalau tak faham apa yang cuba disampaikan di sini, jangan tanya cheq na... Hahahaha

Hari ini, saya check in bilik kecil tak sampai 2 minit, dah settle! Suami terkejut beruk.. macam mana rupa beruk terkejut, cheq pun tak tau sebenarnya :D 

"Sat ja? Selalunya lama. Tak sampai dua minit pun ni.. Berjaya ka?" 
Saya dengan muka berlagak jawab: "Malam tadi makan herb-lax kan.. Memang gitu lah hasilnya."
Suami tak puas hati lagi, tanya: "Sumbat tak?" 
Sekali lagi saya jawab dengan berlagak : "Tak lah.. T*** saya lembik ja.. Flush sekali, semua hilang, tak sangkut dah. Yang best, teran sekali, keluar semua sekaligus! BEST!"


Memang sangat-sangat suka dengan Herb-lax ni. Syukur jumpa Herb-lax ni. Mengatasi masalah sembelit saya :)

Hari ini saya hendak berkongsi apakah manfaat dan kelebihan Herb-lax shaklee ni..

Fungsi utama herb-lax adalah untuk detoks!

Apa itu detoks dan kenapa ianya penting? 

Detoks adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detoks sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Jadi dah tahu apa itu detoks, mari kenali Herb-lax Shaklee.



Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi:

  • alfalfa leaves - membersihkan usus, darah dan hati
  • senna leaves - merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak
  • anise seed - merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan 
  • blue malva flower - membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit
  • buckhorn bark - melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus
  • licorice root - membantu proses detoksifikasi
  • rhubarb root - herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik
  • fennel seed - mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus
  • culver’s root - membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma


Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

Manfaat utama Herb-lax Shaklee adalah:

  • Membersihkan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan dalam tubuh kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsung membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.

Siapa yang perlukan Herb-lax ini?

  • pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit 
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen

Saya kongsikan testimoni pengguna Herb-lax yang sangat berpuas hati dengan produk ini. 



"Detox, Masalah sembelit, Perut Meragam..."
Sebenarnya sebelum saya mengenali shaklee saya seorang yang sangat sukar untuk membuang air besar. Adakalanya dua tiga hari baru saya membuang. Kesannya muka saya berjerawat termasuklah jerawat batu yang sangat besar, berkudis, senang demam dan migrain yang teruk. Setelah mengenali Shaklee saya mengambil beberapa supplement untuk membuang toksin iaitu Herb-lax untuk mencuci usus dan menyingkirkan semua toksin. Alhamdulillah memang berkesan"



Hubungi saya: 
FB : https://www.facebook.com/eldamalissa 
FanPage: https://www.facebook.com/healthybetteryou 
Email: mylovehds@gmail.com 
Contact: 0163031954 
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya
Free consultation exclusively for my customer

No comments:

Post a Comment