Monday, April 21, 2014

Kenali Jenis-jenis Kulit Muka

Syukur sangat bila kita tengok muka kat cermin tiap hari, lalu berbisik dalam hati, "licin dan halusnya muka aku, tak ada jerawat, tak ada parut" =)


Namun, tak semua orang bernasib baik. Kulit halus mulus ketika bayi tidak kekal lama. Ada yang mula ditumbuhi jerawat bila mula-mula datang period, perubahan hormon lah katakan, ada yang mula dihantui masalah kulit muka bila melangkah ke alam remaja, dan ada yang mula menternak jerawat di muka apabila terpengaruh dengan iklan lalu membuta tuli menggunakan produk yang di jual di pasaran.. Aku lah tu >_<

Saya suka mencari info mengenai penjagaan kulit muka, kerana saya juga mempunyai masalah kulit muka yang agak teruk. Sederhana lah sebenarnya. -.-

Jom tegok jenis-jenis kulit yang perlu kita ketahui.

Jenis-jenis kulit:


1. Kulit normal


Kulit jenis biasa ( normal ) adalah kurniaan tuhan iaitu kulit kelihatan halus dan bersih - seperti kulit bayi.

2. Kulit kombinasi

Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Kadang kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri. Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih dan gebu. Kadang kala kulit sebegini akan bertukar, bergantung pada penjagaan, jenis produk yang digunakan , keadaan persekitaran dan hormon.

Masalah masalah biasa yang mungkin dihadapi :

  • Kelenjar minyak yang tidak sekata
  • Muka kering
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Whitehead (Milia Seed)


3. Kulit kering

Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab atau kedua duanya sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin (air–conditoner ), pembersih muka yang beralkali tinggi (sabun mandi yang buih berlebihan), kurang minum air dan ubat - ubatan (medications – Roaccutane).

Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah:

  • Kedut / garis garis halus
  • Bintik bintik hitam (freckles)
  • Whitehead ( Milia Seed )
  • Hitam di sekeliling mata
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Keseluruhan muka kering dan kusam


p/s : cuba tekan pipi anda dengan jari telunjuk... dan halakan ke arah hidung secara perlahan dan lembut... .. jika terdapat garis-garis menunjukkan kulit anda adalah kering dan perlu diberi perhatian.." kulit kering adalah salah satu penyebab jeragat!!!


4. Kulit berminyak

Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah ( jerawat - akibat penyumbatan pada pori pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Disampig itu, faktor hormon ( remaja ), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.

Masalah masalah yang biasa di hadapi adalah seperti berikut:

  • Blackhead
  • Jerawat
  • Pori pori terbuka
  • Parut
  • Keseluruhan muka berminyak


5. Kulit bermasalah

Kulit bermasalah mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitu kelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon (remaja) merupakan salah satu punca minyak berlebihan. Jerawat terjadi apabila pori pori yang mengeluarkan minyak berlebihan akan merangsang pembiakan bakteria.
Inilah yang menyebabkan jerawat (acne) timbul. Oleh itu, pembersihan yang sempurna amat digalakan. Hormon yang tidak seimbang ketika berlakunya pengaliran haid menyebabkan pertumbuhan jerawat pada bahagian mulut, dagu dan dahi tetapi, usah risau. Ini hanya sementara waktu.

Masalah-masalah yang biasa adalah seperti berikut:

  • Blackhead
  • Jerawat
  • Jerawat batu
  • Pori-pori terbuka

6. Kulit sensitif

Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan faktor luar. Misalnya perubahan cuaca, ia boleh mengakibatkan kulit jadi pecah-pecah, memerah dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan mempengaruhi masalah kulit tersebut. Perhatikan betul-betul kegiatan harian kita , terutama apa yang kita makan, jenis produk, skin care yang kita guna dan keadaan persekitaran, tempat kita selalu lepak, kerja dalam aircond, panas terik atau banyak lagi faktor persekitaran.

Anda boleh lihat bila keadaan sensitif itu terjadi?
  • Guna produk muka jenama baru
  • Makan sesuatu jenis makanan
  • Terdedah dengan perfume, pewarna rambut,atau apa2 bahan kimia
  • Masa mandi dan minum air berklorin
  • Terkena sabun cuci baju
  • Berada di tempat atau bangunan tertentu
  • Sedang stress
Simptom semasa kulit sensitif
  • Kulit menjadi merah
  • Kulit menjadi pedih
  • Kulit mengelupas
  • Kulit rasa terbakar
  • Tompok-tompok hitam
  • Naik ruam /jerawat
  • Semua diatas.

**Ok berikut adalah sebab-sebab asas kulit sensitif.
kalau anda tiada masalah diatas tapi masih juga ada masalah ini sila jumpa pakar kulit.
p/s : jangan menggunakan produk-produk kulit yang mengandungi bahan formaldehyde-based preservatives dan Sodium Lauryl Sulfate


Saya kira saya kategori kulit berminyak atau kombinasi. Anda pula? Kelebihan kulit berminyak seperti saya ni, minyak tadi akan melambatkan proses penuaan. Hehehe. Tapi jerawat senang hinggap lah bila salah penjagaan. Hukhuk =p

Next entry, saya nak berkongsi cara-cara penjagaan kulit muka mengikut kategori/jenis pula, ok?
Stay tuned.. =)
Terima kasih kerana sudi membaca ^_^



No comments:

Post a Comment