Assalamualaikum..
Harapkan pagar, pagar makan padi.
Pasti biasa dengar dah kan pepatah ni dan faham maksudnya? Allah.. tengah menahan hati yang geram ni. Azan maghrib dah berkumandang, tapi dia masih tak berganjak untuk pergi menunaikan kewajiban. Umur dah lanjut tapi solat buat ikut suka hati dia. Bagi dia, boleh qadha solat, ok lah. Telekung tak kering, boleh tinggal solat (walaupun dalam almari masih ada telekung baru), demam tak boleh solat, sebab tak mandi, maka seolah tak sah wuduk. Tak cukup bersih pada fikiran beliau.
Pasal takut terlepas peluang untuk bersapa dengan bakal biras, sanggup tinggalkan solat maghrib. Penat pujuk dan dah berupa mengarah beliau pergi menunaikan solat, masih dengan pendirian dia, sehingga akhirnya memberi alasan bahawa dia dah solat. Ya Allah.. Jauhi lah aku daripada menjadi orang yang alpa bila dah lanjut usia kelak, jika umurku panjang.. InsyaAllah.
Sebagai peringatan buat diri sendiri dan juga pembaca blog saya, di sini saya kongsikan Hadith Mengenai Dosa Meninggalkan Solat 5 Waktu.
Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: “Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perjanjian di antara kita orang Islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (HR al-Tirmidzi)
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat". (HR Muslim)
Diterangkan oleh An-Nawawi bahawasanya orang yang meninggalkan solat dengan menolak atau mengingkari kewajipan solat, dipandang telah menjadi kafir, telah terkeluar dari Islam. (ijma' ulamak Islam).
Jika dia meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi masih mengi'tikadkan kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafi'i menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik (melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat, nescaya dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan.
Sumber : http://rahsiarezeki.wordpress.com/2011/08/12/dosa-meninggalkan-solat-fardhu/
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2012/05/hukum-meninggalkan-solat-fardu.html
Banyak lagi hadith mengenai hukum meninggalkan solat secara sengaja atau sengaja. Semoga kita sentiasa dijauhi dari tergolong dalam kumpulan orang yang dimurkai.
Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut:
---------------------------------------------------
Elda Malissa
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.
** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)
** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)
No comments:
Post a Comment