Wednesday, September 03, 2014

Stress Mengganggu Kesuburan

Assalamualaikum..

Siapa yang tak pernah stress @ menghadapi sebarang tekanan? Angkat tangan! Hihi. Saya nak berguru dengan anda bagaimana mengawal emosi :D



Kita ni manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Tapi, kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan. Datang dari mana tekanan @ stress ni? Hmm.. Pelbagai perkara boleh mengundang tekanan ni. Ada yang stress dengan persekitaran tempat bekerja. Bos suka mengarah, marah-marah tak tentu hala. Rakan sekerja suka menyibuk dan mengumpat :) Yang tak bekerja pula, tertekan duit tak cukup, menjaga anak-anak di rumah, jarang keluar rumah pun boleh stress! Macam-macam kan? 

Tekanan yang dihadapi akan menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana dengan sempurna. Yang bahaya, orang yang menghadapi tekanan, emosinya adalah tak mustahil, dia menjadi cepat marah, dan akan terdorong membahayakan diri sendiri. 

Bagi pasangan suami isteri yang berusaha untuk mendapatkan zuriat tu, tahukah anda bahawa stress @ tekanan @ tension samada secara mental, emosi atau fizikal, semuanya ada kesan kepada kesihatan dan kesuburan pada anda berdua. 

Bagaimana stress/ tekanan boleh mengganggu kesuburan?

1. Stress boleh melemahkan tenaga batin/syahwat lelaki atau perempuan. Lebih teruk lagi ia boleh menyebabkan mereka jadi mati pucuk bagi lelaki, vaginismus bagi wanita. Si suami tidak mampu untuk memuaskan si isteri walaupun si isteri sedang subur.

2. Stress mengurangkan bilangan benih dan kekuatan pergerakan benih lelaki.

3. Stress mengganggu kesuburan si isteri iaitu dengan mengganggu hormon subur wanita, akibatnya tiada penetasan telur/ovulation berlaku.

4. Stress mendorong kepada penguncupan saluran fallopio dan ini menyukarkan benih suami sampai ke telur isteri.

5. Stress akan menggangu imbangan hormon wanita dan menyebabkan kegagalan embryo melekat dan membenam ke dinding rahim.

Jadi, bagaimana nak mengatasi stress?
Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda semua amalkan

1. Pemakanan yang betul. Ini membantu kita menghadapi cabaran hidup. Jangan lupa mengambil makanan pada waktu yang betul agar anda sentiasa mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan tugasan harian. Pengambilan diet yang seimbang sememangnya penting bagi menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.

2. Jangan membebankan diri. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit dan teratur agar tidak terlalu membebankan kita dalam satu-satu masa yang sama. Pecahkan tugas kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Hasilnya, dapat meringankan beban tubuh dan minda kita.

3. Rehat yang cukup. Badan kita bukan mesin yer. Jadi, bagi tubuh kita berehat seketika setelah bekerja buat satu tempoh.

4. Berinteraksi dengan keluarga dan rakan. Ambil peluang untuk beraktiviti ketika masa lapanh bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Ini membantu menghilangkan kerunsingan yang membebankan minda. Dalam masa yang sama, ia menolong anda membina pandangan positif apabila kembali bertugas.

Ketenangan  fikiran boleh meningkatkan kesuburan. Ketika buat riadah, yoga, breathing exercise dll juga amalkan zikir dan tasbih, insya Allah doa kita akan diperkenankan dan dimakbulkan.



Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
---------------------------------------------------
 Elda Malissa
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)


No comments:

Post a Comment