Setiap pasangan yang dah berkahwin mesti menginginkan zuriat penyeri hidup dan waris.
Jika anda telah berkahwin lebih dari setahun tetapi belum dikurniakan cahaya mata, tak boleh terus berserah atau menyalahkan takdir dengan mengatakan, tiada rezeki aku untuk dapat anak. Sepatutnya, anda harus berusaha! Allah sangat suka orang yang berusaha. Maka anda adalah insan yang bertuah diuji dan tidak mengalah saat diuji. Berikut beberapa panduan mudah hamil yang saya petik dari blog Dr. Hamid Arshat.
Panduan untuk mudah hamil.
1. Berkahwin semasa muda. Kenapa kena kahwin muda? Sebab dipercayai waktu paling subur wanita adalah ketika usia awal 20-an. Masa ni badan masih muda, masih kuat. Apabila usia semakin lanjut, tubuh semakin tua, penyakit pun mudah bertandang.
2. Jika anda telah berkahwin dan bersama selama lebih dari 6 bulan, tetapi masih belum berjaya hamil, dinasihatkan pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan kesuburan. Dikhuatiri jika ada ketumbuhan seperti cyst, fibroid, atau PCOS yang menghalang anda untuk hamil. Terutamanya isteri yang mempunyai masalah haid tidak teratur atau senggugut yang teruk. Dapatkan rawatan segera jika ada penyakit seperti itu. GLA Complex Shaklee membantu memperbetulkan hormon dan kitaran haid wanita dan mampu mengecutkan cyst.
3. Hubungan seksual yang berlaku antara suami isteri haruslah hubungan yang sempurna dan memuaskan.
4. Peluang untuk hamil adalah lebih besar jika tahu waktu subur isteri. Dan ketika waktu subur itulah digalakkan untuk bersama. Bagaimana mengetahui waktu subur? Secara ringkasnya, tempoh kitaran haid yang normal adalah 28 hingga 30 hari. Jika tempoh kitaran haid adalah 28 hari, bahagikan kepada dua (28 ÷ 2 =14), jadi hari subur adalah dikira dari hari ke-14.
5. Kekuatan benih suami adalah terbaik dalam jarak 48 jam. Jadi, suami isteri boleh lakukan hubungan seksual selang malam bermula dari hari ke 12 hingga 20. Untuk meningkatkan stamina suami ketika bersama dan menghasilkan sperma yang berkualiti, pengambilan CoQ10 yang mencukupi adalah disarankan.
6. Setelah berlaku hubungan seksual, isteri jangan segera bangun samada untuk membuang air kecil atau mencuci faraj. Isteri boleh meletakkan bantal di bawah punggung, bertujuan untuk memudahkan sperma berenang ke tiub fallapio.
7. Fikiran yang tenang dan emosi yang stabil juga mempengaruhi kejayaan hubungan seksual dan menentukan kejayaan untuk hamil atau tidak. Vitamin B-Complex yang terdapat dalam set kesuburan shaklee salah satu fungsinya adalah untuk mengawal stress.
8. Kawal berat badan. Faktor berat badan samada berlebihan (obesiti) atau kurang sama-sama dipercayai boleh mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telur atau ovum. Boleh cuba kawal berat badan dengan SET KURUS shaklee atau SET TAMBAH BERAT shaklee.
9. Tidak dinafikan, orang zaman sekarang mendapat pelbagai risiko penyakit adalah berpunca dari diet yang tidak seimbang. Kesibukan menjadi punca kita sering mengambil jalan mudah dengan mengambil makanan ringan (junk food) yang sememangnya kurang berkhasiat. Oleh itu, pastikan anda mengamalkan pemakanan berkhasiat dan berzat untuk meningkatkan peluang hamil. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
10. Pengambilan supplemen zaman sekarang adalah relevan malah sangat digalakkan. Tetapi pastikan ianya adalah dihasilkan dari bahan semulajadi dan selamat digunakan untuk penggunaan tempoh panjang. Antara supplemen yang dicadangkan untuk meningkatkan peluang untuk mudah hamil, suami isteri boleh mengambil multivitamins Vita-lea, vitamin E, vitamin C dan folik asid (B-complex). Untuk suami boleh ditambah zinc dan selenium untuk menghasilkan sperma yang sihat.
Supplemen yang dipercayai dan diyakini telah berjaya meningkatkan kesuburan dan peluang mudah hamil kepada ramai pasangan di Malaysia. :)
Jika anda tergolong dalam golongan belum mendapat rezeki setelah lama berkahwin, cubalah Set Kesuburan Shaklee. InsyaAllah, anda juga boleh berjaya seperti mereka.
Berminat? Nak order? Nak tanya lebih lanjut?
Hubungi saya : Elda Malissa Sangit
FB : https://www.facebook.com/eldamalissa
FanPage: https://www.facebook.com/healthybetteryou
Email: mylovehds@gmail.com
Contact: 0163031954
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
No comments:
Post a Comment