Saturday, September 20, 2014

Resepi : Laksa Penang Step by Step Dengan Gambar

Resepi : Laksa Penang Step by Step Dengan Gambar



Assalamualaikum..

Hari ini nak kongsikan sekali lagi resepi laksa Penang yang mreseemikat hati suami. Laksa penang pure dan perfect katanya :) Hover kan suami saya itu? Hehe.

Laksa yang en suami buat ni agaknya kos yang paling murah kot, sebab hanya memerlukan 4 ekor ikan temenung @ kembong untuk dapatkan seperiuk besar kuah laksa. Jimat gitu ^__^

Ok, jom layan gambar!

Bahan-bahan:

1 kg ikan kembung @ temenung
2 biji bawang besar (bawang india)
2-5 biji bawang merah
Belacan sebesar ibu jari
Seikat daun chenhom - 1 ikat
2 kuntum bunga kantan
Cili kering 
Cili merah - 5 biji
Asam keping (20 keping)

Laksa beras

Cara-cara:


1. Mula-mula kita rebus ikan dengan air yang mencukupi. Banyak pun tak apa. Sebab air ni untuk buat kuah nanti. Rebus dalam 5-10 minit macam tu sahaja, tak nak overcooked. Lepas tu, letak tepi dahulu. Biarkan sejuk sebentar untuk kita ceraikan isi dengan tulang. Tapi, kalau tangan cik puan tangan besi, nak buat terus pun tak ada masalah. :p



 2. Kisar bawang besar, bawang merah, cili kering dan cili merah.  



3. Ambil air rebusan ikan tadi, tapis ke dalam periuk besar. Masukkan belacan.


4. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.


5. Masukkan daun kesum @ chenhom ke dalam kuah.


6. Masukkan pula isi ikan yang dicarik-carik. Pastikan tiada tulang ya. Nak blend pun takpa.


7. Kisar tulang ikan dengan sedikit air, tujuan nak bagi rasa manis pada kuah.


8. Step akhir, panggillah suami anda untuk masukkan garam, gula untuk mencukupkan rasa sesuai dengan selera tekak dia! 


Bahan-bahan tabur atas laksa. Bawang besar, daun pudina dan timun.


Telan air liur atau sila masuk dapur sekarang, masak sendiri :p



No comments:

Post a Comment