Memang seronok menjadi SAHM - Stay At Home Mom. Boleh bangun lewat (kalau ABC bagi yang muslim), tak perlu kalut serabut pagi-pagi siapkan anak hantar ke nursery. Bangun sama-sama lewat dengan anak-anak. Hihi. Extra BEST bila suami juga tak perlu disiapkan untuk keluar bekerja. (Suami saya pelajar Sarjana sepenuh masa).
Tapi, lain pula ceritanya bila anda adalah seorang WAHM -Work At Home Mom. Sangat mencabar ketahanan mental dan emosi sebenarnya bila anda ada anak kecil yang breastfeed exclusif dengan anda! :D
OK! Saya bukan nak merungut. Hihi. Sekadar nak berkongsi pengalaman. Sebagai tatapan dan kenangan untuk anak-anak di masa hadapan.
Tambah-tambah lagi sekarang saya bukan sahaja bisnes Online Shaklee, tetapi juga menjadi Branch Manager Infitah Training & Consultancy untuk Seberang Perai & Sungai Petani. Juga beroperasi dari rumah sahaja. Berhubung dengan client melalui telefon. Sesekali ja keluar bertemu client face to face.
Dikala saya tengah sibuk dengan kerja, dikala itu juga merasa banyaknya gangguan dari budak dua orang ni. Haha. Contohnya sekarang, tengah umminya macam lipas kudung menaip entry untuk siapkan tugasan malam ini (tetiba lah dapat idea ni), mencari info produk, masa itu juga ada saja benda dibuat puteri dua orang ni. Tak jadi entry detail berkenaan produk malam ni, tak boleh fokus mengumpul maklumat. Malam nanti selepas depa tidur lah baru mengarang lagi.
Tengok! Ada sahaja aktiviti. Memang aktif sangat :D
Alhamdulillah :)
Disangkanya mainan kot screw driver ni. Ummi risau tercucuk sahaja.
Ajak main puzzle pula si kakak ni. Yang adik pulun makan buah anggur.
Si kakak makan buah apa sahaja mesti minta buang kulit. Si adik menurut sahaja. Tapi, sebab ummi tengah fokus tak fokus, buah yang dihulurkan terus masuk mulut. Haha
Makan aihim cello pula. (Aiskrim yellow) Pelat budak ni memang best dengar :)
Bayangkan nak siapkan entry ni, punya banyak aktiviti yang dah dibuat anak-anak cerdik pandai ummi ni. Bayangkan pula aktiviti mereka dalam sehari :D
Memang ada kesukarannya. Kerja apa pun, pasti ada cabarannya. Semuanya bergantung bagaimana kuatnya azam dan keinginan dan minat kita terhadap sesuatu pekerjaan itu. Bak kata pepatah, kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih :) Tapi saya bersyukur, anak-anak sentiasa depan mata, sambil menjana pendapatan dari rumah.
Saya sebenarnya sangat bersyukur dapat kenal bisnes Shaklee ni. Dulu sememangnya sangat pantang dengar bisnes MLM ni. Tapi, selepas mengenali dengan lebih rapat dan dalam lagi tentang selok belok MLM dalam Shaklee, saya jatuh hati dan mula menjadi pengedar aktif :)
Nak mencari pendapatan sampingan yang bermula dengan MODAL SANGAT RENDAH? Hanya RM 75 sahaja!! Pendapatan yang boleh anda jana bukan sikit-sikit, nak 4, 5 angka, boleh saja. 6 angka pun tiada yang mustahil! Janji kental dan istiqamah :)
Sertai kami dalam Wahmillionaires :)
Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut:
---------------------------------------------------
Elda Malissa
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.
** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)
** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)
No comments:
Post a Comment