Wednesday, September 17, 2014

Penjagaan Luar dan Dalam Menghasilkan Kulit Yang Cantik


Assalamualaikum..

Sihat semua?

Kalo cerita pasal tips kecantikan, semua pasti teruja.. Betul tak? Baik yang kulit dah sedia cantik, apatah lagi kulit yang tak berapa nak cantik :) Kenapa nak cantik? Sebab nanti nak pergi mana2, tak rasa malu dah, self-confident akan meningkat.. Bagi yang dah ada suami, nanti suami tambah2 sayang.. Hihi.. Yang belum bersuami, pastinya nak cantik untuk memikat hati jejaka idaman.. Tapi, ingat, kecantikan luaran bukanlah sebagai jaminan hidup bahagia.. Ianya satu BONUS! Kita kenalah cantik luar dan dalam :) Setuju?


Kalo dah tua macam ni pun, hati baik, semua orang pasti menyenangi kita kan? Cantik dalaman terlebih utama dari cantik luaran =)

Dengan kewujudan banyak produk kecantikan di pasaran, adakah kita terlupa pada amalan dahulu kala menggunakan bahan semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai usaha mengekalkan kulit yang cantik. Selain boleh dimakan, kandungan nutrisi serta vitamin pada buah-buahan segar ini membantu menjadikan kulit lebih sihat, cantik dan berseri. Lebih penting lagi, sama ada dijadikan pembersih, penyental atau masker, kandungannya benar-benar bersih tanpa campuran bahan kimia. 

Mari tengok apakah "Rahsia Kulit Cantik" itu.

☼ AVOCADO

 

Pengambilan avokado yang konsisten boleh menghasilkan kulit yang cantik. Ia merupakan satu sumber biotin yang baik, di mana ianya mencegah kulit kering, rambut dan kuku yang rapuh. Kandungan vitamin A dalam avokado dapat membantu membersihkan setiap sel-sel kulit yang mati. Antioksidan dalam buah avokado mendetoksifikasi tubuh anda agar mengeluarkan semua racun atau toksin yang cenderung membuat kulit anda menjadi kedut atau kering semasa usia awal. Hal ini juga dapat membantu menghilangkan kerutan pada kulit dan membuatnya lebih bercahaya. Selain untuk di makan, avocado juga boleh dibuat masker

☼ TEH HIJAU


Teh hijau banyak manfaatnya kulit yang cantik. Proanthocyanidins oligomer adalah antioksidan semulajadi paling kuat di dalam teh hijau. Khasiat zat ini adalah membantu memlambatkan proses penuaan dan menjaga kulit agar sentiasa awet muda. Manakala, polifenol daun teh berfungsi menangkis kesan buruk sinar matahari yang boleh menyebabkan iritasi sampai kanser kulit. Hanya dengan minum teh hijau 2 gelas setiap hari secara teratur akan memberikan anda kulit yang cantik secara semulajadi. Secawan teh mengandung 100 - 200 vitamin E, iaitu vitamin yang sangat berguna untuk menghasilkan kulit lebih halus, mulus secara semulajadi. 

☼ TOMATO


Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamnin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit. Selain mendapatkan khasiatnya dari memakan buahnya, tomato juga boleh dibuat masker untuk penjagaan kulit secara luaran.

☼ SALMON


Salmon adalah sejenis ikan yang kaya dengan omega-3 yang dapat membantu meningkatkan prokduktiviti kolagen dan tahap elastik kulit yang menjadikan kulit lebih halus dan tidak mengelupas. Khasiat dari ikan salmon mampu melambatkan kesan penuaan. Ikan salmon mengandungi astaxanthin, carotenoid yang meningkatkan tahap elastisiti di samping mengurangkan terjadinya garis-garis halus di wajah. 

☼ TELUR



Protein yang terdapat dalam telur membantu untuk memperbaiki sel-sel yang musnah akibat kesan radikal bebas. Telur melengkapkan keperluan protein dan juga biotin, salah satu daripada kumpulan besar vitamin B yang penting dalam mencegah kulit kering.

☼ DELIMA



Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi. Kandungan gula buah delima juga mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu. 

☼ WALNUT


Walnut kaya dengan sumber Omega-3, yang membantu membuatkan rambut bersinar cantik. Omega-3 juga menjadikan kulit lebih halus dan kelihatan muda. Kepada yang tidak meminati ikan, boleh mengambil walnut sebagai alternatif. 

 KEKACANG


Kekacang juga merupakan sumber yang kaya protein. kekacang membantu membaiki sel-sel yang telah mengalami kerosakan akibat radikal bebas. Semasa proses penghadaman, protein ini akan pecah membentuk asid amino, iaitu blok binaan sel-sel. Asid amino ini pula akan membantu mempercepatkan pembaikan dan pertumbuhan semula sel-sel kulit dan kolagen. 

Inginkan kulit cantik dengan cara lebih mudah? Dapatkan produk penjagaan Skin Care Shaklee yang super awesome ni.


Set NutriWhite lebih kepada mencerahkan kulit


Enfuselle khas untuk kulit masalah jerawat dan berminyak


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: --------------------------------------------------- Elda Malissa ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)

No comments:

Post a Comment