Thursday, September 18, 2014

Resepi : Spaghetti Blognese 'Asli'

Assalamualaikum..

Resepi lagi.. Hehe.. Best jadi WAHM ni camnilah, boleh main masak-masak, jahit menjahit, bergaduh setiap masa dengan anak. Haha. Janganlah tuduh saya ibu yang tidak baik.

Hari ini adik ipar menikah. Best tengok orang dalam baju pengantin ni. Cantik sangat baju pengantin tadi. Rasa macam nak sewa baju pengantin untuk saja-saja ambil gambar ja. Haha.. kemaruk ka apa eh? 

Kenyang makan nasi kenduri, malam ni malas nak makan nasi. Jom buat spaghetti pula. Actually, hubby bukan suka sangat makan western camni, saya ja yang lebih-lebih.. Tapi, bila saya dah masak, en hubby makan ja.. Hihi.. I guess, saya masak sedap kot?? Hahaha.. Or, en suami berkira makan kat luar?? Yelah, bukan murah harga dia kt pizza hut tu.. Huhu.. Kalau syorkan kat en suami nak makan kat pizza hut, nak makan spaghetti, selalunya dia akan kata: "sayang buat lagi sedap.." What a sweet compliment ek :)

    Sebab dah lama tak makan, terliur lah nak makan lagi.. So, sebab dah nak berjimat2 dari makan kat luar ni, and pasal en suami kata saya masak lagi sedap, so, saya buat sendiri lah spaghetti.. hihi..
    Kali ni cuba buat bolognese.. Sebelum2 ni buat sos spaghetti ikut citarasa and resepi sendiri.. main campak ja bahan yang agak2 digunakan dalam buat sos dia.. 

    Alhamdulillah.. menjadi.. sedapppp... hehehe... en suami pun dah tak perlu tambah sos cili or kicap untuk menepati rasa tekak dia kali ni.. (yea, my en suami makan spaghetti dengan kicap kekadang :p)


    Gambar pun nampak authentic gitu.. hihi.. Pasti kecur liur bagi peminat-peminat spaghetti.. hihi.. Ok, resepinya saya ambil dari my resepi.. takda link ke resepi tersebut, sebab saya main printscreen ja page dia and copy semula resepi ke entry ni :)

    Bahan-bahan:
    • 500 gram spaghetti
    • 500 gram daging lembu cincang (saya guna ayam cincang brand ayamas)
    • 200 ml susu (saya tak letak, sebab takda.. but substituted with whipping cream..)
    • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
    • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
    • 1 tin sedang tomato puri
    • 4-5 tomato segar ranum - didadu
    • 1 batang carrot – didadu kecil
    • 2 batang celery – didadu kecil
    • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
    • 1 kiub stok daging lembu (optional)
    • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
    • Sedikit garam dan gula secukup rasa
    • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
    • 2 sudu besar butter
    • Parutan keju parmesan – untuk menghidang
    ** Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.

    Cara-cara:

    1. Untuk spaghetti, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam.Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
    2. Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
    3. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.
    4. Masukkan tomato, lobak merah dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.
    5. Masukkan tomato puri, sos tomato, air dan susu. Kacau hingga sekata.
    6. Masukkan oregano/ italian herbs dan stok daging lembu.(optional)
    7. Kalau tak cukup masin, tambahkan garam.
    8. Biar sehingga mendidih kemudian masak hingga api perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
    9. Siap untuk dihidangkan. 

    Memang tak rugi mencuba resepi ni. Sedap secukup rasa :)

    Nak menjana pendapatan hanya dari rumah? Boleh sambil-sambil memasak, menjahit, bercucuk tanam pokok bunga, berkejaran dengan anak-anak yang tak mahu memakai baju dan seluar atau pampers. Hehe. 

    Jom, sertai kumpulan agresif kami. Semua bersemangat menjadi orang berjaya dalam perniagaan online Shaklee!

    Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
    --------------------------------------------------- 
     Elda Malissa 
     ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
     ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
     ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
     ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
     COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

     ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

    **Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

    ** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

    ** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 


    No comments:

    Post a Comment