Wednesday, September 17, 2014

Resepi : Kek Pisang Lembut Gebu Gebas!

Assalamualaikum..

Hari ini bangun awal.. Hari2 lain pun bangun awal juga, tapi terlajak tidur tu pun pernah juga, lebih2 lagj hari Allah Bagi Cuti.. Hehe
Tengok kat dapur ada apa untuk breakfast. Pisang berlambak dah ranum, lebam2.. kesian cik pisang.. So, saya pun sinsing lengan baju, start projek untuk baking kek..

Resepi dari mana dah tak ingat. Saya salin atas kertas ja. Hehe
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 4 biji telur gred A
- 3/4 cawan gula
- 1 sudu kecil ovellete
- 2 cawan pisang yang dilecek
- 3/4 cawan minyak masak
- 1 sudu kecil esen pisang (takda, jadi saya letak esen vanilla shj)

Cara-cara:

1. Pukul telur dan gula hingga kembang
2. Masukkan ovellete dan pukul lagi
3. Masukkan minyak masak dan pisang lecek dan pukul semula
4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan baking powder
5. Masukkan esen pisang @ vanilla dan kacau rata.
6. Masukkan ke dalam loaf pan dan bakar pada suhu 170ÂșC selama 45 mins - 1 jam.

Kek ni rupanya naik tinggi sungguh.. Ingatkan tak naik tinggi mana.. masa tengah buat entri ni, sambil tunggu kek masak.. Kek dah menjulang tinggi nak mencecah siling oven dah.. Haha.. merekah membentuk jurang mindanao.. Hehe..





Last but not least
Si pemilik pipi gebu yang masih lena diulit mimpi.. yang ni lagi gebu dan sedap digigit gigit daripada kek pisang.. haha


Dafinah demam + batuk + selsema dua hari dah. Budak ni kalau tak sihat, dia punya clinging dengan ummi dia luar biasa sungguh. Orang lain semua tak boleh sentuh dia. ! 

Saya bersyukur saya kini adalah WAHM. Tak perlu minta cuti, minta MC untuk menjaga anak yang sakit. InsyaAllah, Allah permudahkan kejayaan menjadi milik saya suatu hari nanti. Menjadi jutawan Shaklee.. 

Ameen..

Nak join saya sebagai pengedar aktif Shaklee yang menjana pendapatan hanya melalui online? Jom chit chat :)
Mudah sangat, semuanya online! Coaching, order, customers follow up, semuanya online sahaja.!
Sambil2 jaga anak, memasak untuk keluarga, part paling best, bangun pagi dengan innocentnya, tak perlu siap2 pergi kerja :D

Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
---------------------------------------------------
 Elda Malissa
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

No comments:

Post a Comment