Wednesday, September 10, 2014

Vitamin Perlu Untuk Hamil

Assalamualaikum.

Setelah mendirikan rumah tangga selama lebih 6 bulan dan masih gagal untuk hamil, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut dan rawatan jika mengalami sebarang masalah. 

Pelbagai faktor boleh menjadi penyebab kepada anda gagal atau sukar hamil. Antaranya adalah anda mungkin penghidap PCOS, mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti, mandul semulajadi. 

Disamping mendapatkan rawatan bagi penghidap PCOS, atau menurunkan berat badan bagi yang obesiti, anda digalakkan untuk mengambil vitamin yang boleh membantu anda untuk hamil. Siapa sangka bulan hadapan anda akan menjerit kegembiraan nanti, "Saya dah hamil!".




Good nutrition can help you get pregnant and prep your body for baby". Natalie Burger, MD, a fertility specialist at Texas Fertility Centre. 


Berikut adalah vitamin yang perlu membantu anda hamil.


1) Zink
Pengambilan zink yang mencukupi adalah penting kedua lelaki dan wanita. Zink menyumbang kepada ovulasi dan kesuburan wanita, air mani dan pengeluaran hormon testosteron pada lelaki. Kekurangan zink dalam badan lelaki boleh mencacatkan penghasilan sperma yang sihat. Makanan yang kaya zink adalah seperti tiram, bijiran penuh, makanan laut, kekacang dan produk tenusu.

2) Asid folic
Wanita yang merancang untuk hamil diwajibkan untuk mengambil asid folik. Sekurang-kurangnya 400 mikrogram sehari. Asid folik adalah terhasil dari vitamin B-complex yang digunakan badan untuk menghasilkan sel-sel darah merah. Vitamin tersebut menghasilkan lebih darah merah ketika anda sedang hamil. Kekurangan asid folik boleh menningkatkan risiko kecacatan tiub neural (masalah saraf tunjang bayi). Makanan kaya asid folik adalah seperti buah-buahan sitrus dan sayur-sayuran daun hijau.

3) Multivitamin
Pengambilan multivitamin dipercayai meningkatkan kesuburan baik wanita mahupun lelaki. 

“In a large study following over 18,000 women who were trying to get pregnant, researchers found a correlation between taking a multivitamin supplement and having a lower chance of ovulation problems,” says Burger.

4) CoQ10
CoQ10 dipercayai membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita. Ianya dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma lelaki. CoQ10 boleh dihasilkan oleh badan dan ia perlu untuk fungsi asas sel badan. Bagi orang dewasa, adalah digalakkan mengambil antara 30-200 mg dalam dos yang dibahagikan untuk sepanjang hari.

5) Asid lemak Omega-3
Jika anda menjalani rawatan IVF, pengambilan asid lemak penting omega-3 adalah digalakkan. Badan kita tidak dapat menghasilkan asid lemak omega-3, tetapi ianya boleh didapati dari makanan, iaitu minyak ikan atau sumber kekacang.

“Increased omega 3 free fatty acid intake has been associated with improved embryo quality in an IVF study done in the Netherlands,” says Burger.


6) Zat besi
Wanita digalakkan mengambil zat besi 18 mg sehari, tetapi bagi wanita mengandung adalah 27 mg sehari. Zat besi digunakan untuk membentuk hemoglobin, komponen yang berfungsi membawa oksigen sel darah merah. Kekurangan amaun zat besi boleh menyebabkan tisu badan dan organ-organ gagal berfungsi dengan baik kerana kurangnya oksigen. Zat besi boleh didapati daripada multivitamin, selain daging, tauhu dan sayuran berdaun hijau gelap. 

7) Kalsium
Wanita adalah digalakkan mengambil sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium setiap hari. Ini kerana bayi yang anda tengah/bakal kandung memerlukan kalsium. Kepentingan kalsium juga adalah untuk membentuk tulang yang kuat dan mencegah osteoporosis. Kalsium boleh didapati melalui produk tenusu dan sayuran hijau.

8) Vitamin B6
Hasil penyelidikan mendapati pengambilan sekurang-kurangnya 10 mg vitamin B6 sehari sebelum terjadi persenyawaan akan mengurangkan alahan yang selalu dihadapi oleh wanita mengandung di awal usia kandungan.

Sumber : http://pregnant.thebump.com/getting-pregnant/fertility-ovulation/articles/vitamins-you-need-to-conceive.aspx

Wah, tahukah anda, bahawa semua vitamin yang perlu untuk usaha hamil ada dalam rangkaian produk Shaklee. Anda sememangnya harus/wajib memilih vitamin dari Shaklee kerana ianya adalah dijamin selamat kerana dihasilkan daripada bahan semulajadi dan selamat digunakan. Ianya terbukti produk yang dipercayai kerana telah bertahan berada di pasaran dunia selama lebih 50 tahun dan menduduki ranking terbaik dunia ^___^.



Dapatkan vitamin untuk membantu anda meningkatkan peluang hamil hari ini. :)


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
 Elda Malissa 
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 
untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 

No comments:

Post a Comment