Monday, September 08, 2014

Saya Suka Menjadi WAHM

Assalamualaikum..

Baru lepas masak untuk makan tengahari. Masak simple sahaja. Ikan temenung masak hitam, ikan temenung kukus cicah sambal kicap, telur omellete @ dadar, sayur sawi. Hehehe. Simole tapi mengenyangkan, alhamdulillah.. :)

Kadang-kadang terfikir juga, betul ke keputusan yang saya buat ni? Melepaskan peluang yang orang lain rasa adalah peluang keemasan. Saya dah ambil keputusan muktamad untuk menolak tawaran Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM. Setelah lebih setahun menjadi suri rumah, tidak terikat dengan jadual kerja, lebih banyak masa bersama keluarga, melihat anak-anak membesar depan mata, saya memang tak ada hati nak keluar bekerja semula. :D

Ada yang kata, nanti anak-anak dah besar, mula bersekolah, mesti sunyi duduk rumah, Elda. Hehe. Terfikir juga. Damia dah 4 tahun, Dafinah 2 tahun lebih, tak lama lagi keduanya boleh mula bersekolah dah. Tapi, homeschooling boleh juga kan, kalau tak mau sunyi di rumah. Tak pun, lahirkan lebih ramai anak. Hahaha. 2 tahun sekali, memang gerenti tak sempat berasa sunyi pun! :D Tapi, insyaAllah saya tak sunyi sebab banyak sangat hobi nak buat. Antaranya, baking dan menjahit. Hihi.


Tengoklah kanak-kanak riang bermandi manda dalam kolam plastik jer. Hikhik. Ni semua pasal liat nak ajak mandi pagi. Ajak mandi kolam ni, biar sejuk macam mana pun air tu, memang tak perlu paksa dah. Gesa kita isi air ke dalam kolam tu lagi ada lah.


Ayah ada kat rumah hari ini, so boleh tolong melayan sementara ummi memasak. :D best kan bila suami bagi kerjasama?

Niat asal nak jadi SAHM sahaja. Tapi, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat sementara gaji masih tak naik, suami sebenarnya memerlukan bantuan isteri juga untuk meringankan beban mencari pendapatan. Sebab itu saya pilih WAHM (Work At Home Mom). Dan semestinya dengan bisnes bersama Shaklee :)

Kenapa saya pilih bisnes dengan Shaklee? Saya shortlist kan di bawah:

1. Sebab produk dia memang best, berkesan, semulajadi dan selamat. Buktinya, ianya bertahan di pasaran dunia telah melebihi 50 tahun.

2. Modal permulaan adalah sangat murah kalau dibandingkan dengan pendapatan yang boleh kita jana dalam Shaklee. RM 75 sahaja! Bulan pertama bonus pun dah dapat balik duit yuran tu.

3. Perniagaan yang sangat mudah. Hanya kongsikan kebaikan dan manfaat produk dengan keluarga, sahabat handai dan melalui media-media sosial. Beginilah perniagaan Shaklee anda berkembang :)

4. Tawaran pendapat luar biasa berserta bonus-bonus yang sangat mengujakan dalam Shaklee apabila menepati syarat yang ditetapkan. 3C - cash, car bonus and convention. Jangan terkejut ada yang telah menjana pendapatan hingga 600k sebulan!

5. Saya boleh buat hanya dari rumah. Tak perlu keluar untuk pos barang, kecuali kita sendiri nak pos or cod kepada customer. Shaklee sangat memudahkan kita, hanya dengan membuat tempahan melalui online, dan barang akan diproses dan dipos terus dari Shaklee HQ.

6. Yang paling best pada saya adalah bila dapat berkongsi kebaikan produk dengan masyarakat. Saya rasa gembira bila dapat membantu seseorang dalam meningkatkan tahap kesihatan dia :)

Ingin menyertai kami, menjadi pengedar aktif produk Shaklee? Coaching akan diberikan. Anda hanya perlu mempunyai semangat yang kental dan PUSH FACTOR yang akan sentiasa menjadi pendorong untuk anda berusaha mencapai kejayaan.

JOM MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE :)


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
---------------------------------------------------
Elda Malissa
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


1 comment:

  1. Seronoknya menjadi WAHM. Jom kongsi pengalaman dengan saya :)

    ReplyDelete