Wednesday, September 24, 2014

Cerita Anak Yang Pelbagai Ragam. Rutin Seorang WAHM


Assalamualaikum..

Rasa macam dah lama tak cerita pasal dua jannatul haura' ummi ni. :D
Damia dan Dafinah, dua beradik yang seringkali bergaduh, berebut sesuatu, jarang-jarang hendak berkongsi. Ummi rasa lebih banyak masa bergaduh bila bersama. Waktu paling mesra adalah before bedtime. Haha. Boleh main wrestling dengan gembira. Seperti sekarang ni, tengah bermain peluk memeluk sambil ummi update blog dan ayah tengah study untuk mengajar tuisyen esok. Bila kedua main macam ni, senang sungguh hati ummi, happy sangat, dan memang terhibur dengan gelagat masing-masing.

Nak cerita perkembangan si Kakak dan si adik Dafinah.

Nur Hannah Damia
Si kakak ni sangat banyak bertanya! Yang stressnya, kadang-kadang kami tak faham apa yang dia tanya, sebab pertuturan dia masih tak fluent. Soalan yang tak putus-putus tau dari budak ni.

--> Ummi, hapa adik mai duduk rumah jiejie (kakak dalam bahasa mandarin)?
Sebab ummi dia p kerja, tak ada orang jaga dia kat rumah.
--> Hapa ummi dia p kerja? 
Sebab ummi dia kena p kerja.
--> Hapa tak ada orang jaga adik kat rumah dia?
Sebab tak ada orang jaga lah. Nanti dia sorang-sorang kat rumah, adik keyau lah. 
--> Hapa adik keyau? 
Sebab dia takut lah
--> Hapa adik takut? Dia takut apa?

......silent... ummi tak ada jawapan dah.. hahaha

Bagus lah budak rajin bertanya ni kan, tapi kalau dah sampai macam tu punya berderet soalan, poning nak cari jawapan. And sometimes, dia dah ada jawapan tersedia, tapi masih nak bertanya.

Ada pernah sekali, dia terlihat wallpaper dekstop pc ayah dia imej superbike warna kuning.
--> Ayah, ayah, moto tu warna apa? 
....senyap... si ayah memang macam tu, kalau menghadap kerja, macam cakap dengan dinding kadang-kadang tu.
--> Ayah, ayah lah.... moto tu warna apa?
Warna kuning.
--> Bukan lah, warna yellow! Ayah tak tau lagi? 

Ummi dah tergelak macam apa ja dah! Haha. Macam pekena ayah dia pun ada budak ni. >_<
**nota: hapa itu adalah kenapa, keyau itu adalah keriau atau menangis. adik itu adalah anak kepada jiran sebelah :)


Nur Hannani Dafinah
Si adik ni pula, ummi paling geram bila dia menyusu macam tak mahu berhenti. Melekat macam anak kera kadang-kadang tu. Si adik ni, alhamdulillah masih fully breastfeed hingga sekarang. Kami sekarang dalam fasa extended breastfeeding lah sekarang. Sebab umur dia dah 2 tahun 3 bulan.

Kadang-kadang rasa macam tak ada susu pun keluar bila dia tengah menyusu tu, tapi hairan sungguh, dia boleh menghisap lebih setengah jam! Adakah sebenarnya dia ni ketagih dah?? Ummi dah mula merancang nak wean off atau bahasa melayunya, cerai susu, tapi nak tunggu hingga umur dia 2 tahun 6 bulan. Berjaya ke tidak ni, sebab 24 jam dengan dia!

Budak ni memang paling manja dengan ummi. I guess semua anak exclusively breastfeed ni akan terlebih manja dengan maknya. Kalau menangis sebab gaduh dengan kakak dia, mesti tak lain tak bukan, datang kat ummi.
Ummi, jiejie kacau meimei. Ummi, nak susu..
Memang ummi tak boleh escape lah. Kenalah selak baju, bagi ubat penenang kat dia. Bila time rileks tak apalah sangat, tapi bila tengah ada kerja, haa.. dengan kakak sekali ummi bebel! Sebab suka sangat berebut dengan adik dia. (Tengah taip sampai sini, dah mula gaduh dah tu).

Dari segi pertuturan dia, lebih clear butir bicara tu berbanding dengan si kakak. Hihi. Kakak tanya soalan berbelit-belit. Yang si adik ni sentiasa copy cat si kakak. Apa yang kakak buat, memamng meniru ja kerjanya. Soalan si kakak pun dia tiru. Haha.

Itu je kot nak share hari ini. Panjang sangat dah entry ni. Lagipun, si adik tengah menyusu dah, baru lepas gaduh dengan kakak. Hmm.. itu baru anak perempuan. Macam mana lah yang anak lelaki semua tu yer? Memang salute lah.

Last but not least.

Gambar hari ini. Hehe.




Posing di laman rumah jiran sebelah. Nak p tengok fish dalam kolam kata budak2 ni. Hihi

Syukur atas nikmat Mu, ya Allah.
Saya kini WAHM. Pilihan saya sendiri, suami merestui, alhamdulillah.
Masih jauh lagi perjalanan untuk saya mencapai kejayaan, namun saya yakin ianya tidak mustahil untuk dikecapi. :)

Dengan bisnes Shaklee, saya hanya perlu ada internet dan pengetahuan IT dan semestinya berbekalkan azam dan keinginan untuk berjaya yang kuat. :)
Bisnes Shaklee pula sangat mudah! Boleh 100 % online, dan boleh juga offline.
Saya tak perlu keluar rumah untuk berjumpa customer, hanya klik-klik di hujung jari.
Kalau nak COD sekitar Bandar Seri Astana, Bandar Puteri Jaya, Bandar Utama, Sungai Petani, masa ni lah baru face to face dengan customer. Hehe.

Nak join bisnes dengan saya? Anda akan diajar dan dibimbing dari A to Z, from zero to hero.



Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: --------------------------------------------------- Elda Malissa ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

No comments:

Post a Comment