Tuesday, September 23, 2014

Perkongsian Doa Mohon Murah Rezeki Dan Dicukupkan Keperluan

Perkongsian Doa Mohon Murah Rezeki Dan Dicukupkan Keperluan

Assalamualaikum..
Mari belajar doa memohon rezekk dan dicukupkan keperluan. Doa, usaha dan tawwakal, insyaAllah berjaya dunia dan akhirat. 
Content adalah di copy and paste dari blog di bawah. Sebagai panduan untuk saya dan juga rakan-rakan pembaca. Terima kasih kepada tuan tanah yang sudi berkongsi.

1. Doa Nabi Isa Mohon Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah al-Maidah – 5:114
Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”.
2. Doa Supaya Dicukupkan Keperluan

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah at-Taubah – 9:129
Maksudnya: ”Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”
3. Doa Semoga Beroleh Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah Hud – 11:6
Maksudnya: “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”
4. Doa Semoga Rezeki Mencukupi

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah al-Fathir – 35:2
Maksudnya: “Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
5. Doa Nabi Musa Menghadapi Kelaparan

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah al-Qasas – 28:24
Maksudnya: ”Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan”.
9. Doa Murah Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah asy-Syuara – 42:19
Maksudnya: “Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah at-Talaq – 65:7
Maksudnya: “Dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”

No comments:

Post a Comment