Monday, September 15, 2014

COD Vitamin Shaklee di Kilanas Brunei

Assalamualaikum,,

Tetiba rindu dengan negara kecil, tempat saya, abang dan 2 orang adik membesar, iaitu Brunei Darussalam. :D Apabila abang dah mula masuk sekolah, barulah kami balik semula ke Sarawak.

Di negara kecil itu jugalah ayah saya membanting tulang empat kerat beliau dari semenjak umur belasan tahun lagi. Datuk saya meninggal dunia semasa ayah saya masih kecil, baru berumur 12 tahun kalau tak silap. Ayah saya anak kedua dari 8 adik beradik. Seorang kakak, yang sulung. Bayangkan betapa beratnya beban di bahu ayah saya terpaksa pikul pada usia sebegitu muda. Ayah baru ja pencen dari bekerja di brunei pada tahun 2012, ketika berumur 57 tahun. Besarnya pengorbanan ayah saya. Terima kasih, Ayah.. (sob sob sob...miss my family so much).

Sekarang ni, adik lelaki saya yang nombor dua bawah saya pula yang mengambil alih bekerja di Brunei. ^___^. Beliau seorang mekanik yang sangat bagus, disayangi oleh tauke workshop tempat dia kerja. Haha. Sampai sanggup nak bayar kos perkahwinan adik, katanya. Tapi adikku itu sangatlah pemalu, entah bila lah nak kahwin agaknya. Hehe.


Anda peminat vitamin Shaklee di Brunei?

Jadi, di kesempatan ini, saya menggunakan khidmat adik yang berada di Kilanas, Brunei Darussalam, menjadikan dia sebagai ejen COD barang-barang Shaklee di sana.  Sesiapa pembaca blog saya ni yang dari Brunei, ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh lah berhubung dengan saya untuk order ya. :) Kos pos yang jauh lebih murah jika dibanding dengan pengeposan dari Malaysia terus ke Brunei (international fee).

Order dengan saya, penghantaran barang akan dihantar ke alamat saya di kampung Lawas, Sarawak, kemudian akan dibawa oleh adik ke Brunei. Pick up boleh dilakukan di Kilanas, Brunei atau di mana sahaja di Brunei. Mudah kan? :)



............

Rindu sangat kedamaian dan kesegaran udara di Brunei. Negara yang cantik dan paling suka adalah pantainya yang bersih dan cantik. Wajib bawa suami dan anak-anak pun melawat Brunei ni satu hari nanti.



Cantikkan? Subhanallah. Pantai jerudong (google)

Peminat Vitamin Shaklee di Brunei, Kilanas khasnya, boleh hubungi saya ya :) 
PM di fb saya. Elda Malissa Sangit

Daa... 


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
 Elda Malissa 
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)

No comments:

Post a Comment