Friday, September 12, 2014

10 Cara Rasullullah SAW Memelihara Keharmonian Rumahtangga

Assalamualaikum semua..

Rumah tangga yang bahagia pasti sangat menyeronokkan pasangan suami dan isteri. Tetapi bagi pasangan yang masih gagal mendapat zuriat selepas lebih setahun berkahwin, soalan-soalan yang menghiris hati seperti "Bila nak dapat anak ni?", "Awak tak boleh mengandung ke?", boleh menggoyah bahtera indah pasangan ini. Paling zalim, sikap-sikap penyibuk seperti ini boleh menjadi punca keretakan hubungan suami isteri. 

Dalam berusaha untuk mendapatkan zuriat, pasangan suami isteri haruslah saling memberi sokongan dan semangat terhadap satu sama lain. Anda harus mengelakkan diri daripada mengalami tekanan atau stress. Jadi, di sini saya kongsikan tips dan cara Nabi kita, Rasulullah SAW menjaga keharmonian rumah tangga baginda dan isterinya.

Pertama : Tidur dalam satu selimut meskipun isterinya sedang haid
Dari Ata’ bin Yasar: Sesungguhnya Rasulullah SAW dan Aisyah R.A biasa mandi bersama dalam satu bekas. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda bertanya, “kenapa engkau bangkit?”, jawab Aisyah, “kerana saya haid”. Sabda Rasulullah SAW, “kalau begitu pergilah, pakailah kain & dekatlah kembali padaku”. “Aku pun masuk lalu berselimut dengan baginda”. (Hadis riwayat Said b Mansur)

Kedua : Menyembur wangian pada bahagian aurat
Dari Aisyah R.A, beliau berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW apabila mewangikan badannya, baginda akan memulai dengan bahagian auratnya menggunakan nurah (sejenis pewangi), dan isterinya akan meminyaki bahagian lain tubuh baginda”. (Hadis riwayat Ibn Majah)

Ketiga : Mandi bersama isteri
Dari Aisyah R.A, beliau berkata: “Aku biasa mandi bersama Nabi SAW dalam satu bekas. Kami bersama-sama memasukkan tangan kami dalam bekas tersebut”. (Hadis riwayat Abdurrazzaq & Ibn Abu Syaibah)

Keempat : Menyikat rambut Nabi
Dari Aisyah R.A, beliau berkata: “Saya biasa menyikat rambut Rasulullah SAW, ketika itu saya sedang haid”. (Hadis riwayat Ahmad)

Kelima : Meminta isteri meminyakkan badan
Dari Aisyah R.A, beliau berkata: “Saya meminyakkan badan Rasulullah SAW pada Hari Raya Aidil Adha setelah baginda melakukan Jamrah Aqabah”. (Hadis riwayat Ibn Asakir)

Keenam : Minum bergantian pada tempat yang sama
Dari Aisyah R.A, beliau berkata: “Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu menghirup airnya. (Hadis riwayat Abdurrazzaq & Said b Mansur)

Ketujuh : Mencium isteri walaupun sebelum solat
Dari Aisyah R.A, beliau berkata: “Nabi SAW biasa mencium isterinya setelah mengambil wudhu’, kemudian baginda bersolat dan tidak mengulangi wudunya”. (Hadis riwayat Abdurrazzaq)

Kelapan : Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah SAW biasa memanggil Aisyah RA dengan panggilan yang disukai seperti Aisy & Humaira (pipi merah delima)

Kesembilan : Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi SAW biasa memicit hidung Aisyah RA jika dia marah dan baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa ‘wahai Tuhanku Tuhan Muhammad, ampunilah dosaku, hilangkan kekerasan hatiku dan lindungilah aku dari dosa fitnah yang menyesatkan’ “. (Hadis riwayat Ibn Sunni)

Kesepuluh : Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah RA, beliau berkata: “Aku pernah tidur bersama Rasulullah SAW di atas satu tikar ketika sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, baginda mencuci dan tidak pula berpisah dari tempat duduk itu, lalu baginda kembali baring di sisiku, apabila darahku sekali lagi menitis, baginda mencuci lagi titisan darah dan tidak berpindah dari tempatnya, kemudian baginda bersolat dari tempat itu”. (Hadis riwayat Nasai)

Kesepuluh : Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Ummu Kalthum bin Abu Salamah, Rasulullah SAW bersabda padanya: ”Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sehelai pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika ianya dikembalikan aku akan memberikan kepada isterinya masing-masing 1 botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian berenda tersebut baginda berikan pada Ummu Salamah”. (Hadis riwayat Tirmidzi)

(Copy and paste untuk menjaga ketepatan fakta) 
Artikel asal dari sini --> http://wasiat-perkuburan.blogspot.com/2012/10/rahsia-rasulullah-saw-mengekalkan.html

Rasulullah SAW adalah sebaik-baik manusia yang hidup di muka bumi ini. Jadi, baginda juga adalah sebaik-baik contoh dan teladan yang patut diikuti. Mari sama-sama amalkan 10 cara Baginda Rasulullah menjaga dan memelihara keharmonian rumah tangga bersama isteri-isteri baginda. 

Bagi yang sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat, anda boleh pertimbangkan untuk mengamalkan pengambilan supplemen dari SET KESUBURAN SHAKLEE untuk hamil. 

Pelbagai tips dan vitamin yang dicadangkan untuk meningkatkan kesuburan suami isteri dari pautan berikut: 
1) Vitamin untuk kesuburan
2) Panduan mudah hamil 
3) Cara tingkatkan kesuburan dengan Shaklee


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
 Elda Malissa 
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 


No comments:

Post a Comment