Saturday, September 06, 2014

Resepi : Laksa Penang Power Memikat Hati Suami

Assalamualaikum..

Tajuk bukan main panjang yer. 3 hari saya berkursus di Seremban, Negeri Sembilan, 3 hari tu juga encik Suami rajin melabur, perut memulas-mulas katanya. Mungkin tak berapa serasi dengan makanan N9 yang agak pedas. Saya rileks ja, memang jenis makan pedas.

Dalam perjalanan balik ke Sg, Petani semalam, kami dah berbual tentang resepi laksa Penang. Versi encik Suami yer. :D Hihi.. Dia suka kuah laksa yang jenis cair tapi pekat cukup rasa masam manis tu. Cair tapi pekat? Hehe. Tak tahu nak terang macam mana. Sebelum ni, adik ipar buat laksa jenis isi ikan memang banyak. Saya pun suka yang itu. Tapi, encik Sumi tak berapa minat. Siapa yang pernah makan laksa ayer hitam kat Gurney Drive tu, kuah macamtu lah yang dia suka. Kuah jernih, tak banyak isi ikan. Takpa, kita layankan aja lah. Perut suami kena jaga. Hahaha.

Mana gambar suspect yang memikat hati suami saya tu?
Jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
.

Inilah dia Laksa Penang yang memikat hati encik Suami :)


Terliur tak? Hehe.

Memang favourite encik Suami saya. Hari-hari makan pun no hal. Nasib badan lah. Saya pun baru 2 minggu yang lepas berani buat laksa ni. Selalunya adik ipar lah yang buat. Hehe. Tapi, sebab dia pun dah jarang duduk dengan kami, jadi saya pun ingin cuba masak sendiri.

Resepi saya ambil dari Azie Kitchen. Tapi adjust sikit mengikut selera encik suami. 

Bahan-bahan:

1 kg ikan kembung @ temenung
2 biji bawang besar (bawang india)
2-5 biji bawang merah
Belacan sebesar ibu jari
Seikat daun chenhom - 1 ikat
2 kuntum bunga kantan
Cili kering 
Cili merah - 5 biji
Asam keping (20 keping)

Laksa beras

Cara-cara:

1. Mula-mula kita rebus ikan dengan air yang mencukupi. Banyak pun tak apa. Sebab air ni untuk buat kuah nanti. Rebus dalam 10 minit macam tu sahaja, tak nak overcooked. Lepas tu, letak tepi dahulu. Biarkan sejuk sebentar untuk kita ceraikan isi dengan tulang. Tapi, kalau tangan cik puan tangan besi, nak buat terus pun tak ada masalah. :p

2. Kita sediakan bahan kuah pula.
 - Ambil air rebusan ikan tadi, tapis ke dalam periuk besar.
 - Masukkan belacan, daun chenhom yang telah dibersihkan, bunga kantan yang dibelah dua atau 4.
 - Jangan lupa hidupkan api :D
 - Kisar bawang besar, bawang merah, cili kering dan cili merah. Masukkan ke dalam periuk.
 - Masukkan daun chenhom dan bunga kantan.
 - Ambil ikan tadi dan asingkan isi dari tulang. Tulang jangan dibuang. Hancurkan isi ikan, boleh juga blend. Masukkan ke dalam periuk.
 - Tulang ikan tadi dikisar sehingga halus. Kemudian tapis ke dalam periuk. Tujuan untuk memberi rasa manis pada kuah.
 - Step akhir, panggillah suami anda untuk masukkan garam, gula untuk mencukupkan rasa sesuai dengan selera tekak dia!

HAHAHA.

Sungguh ni. Sebab tu panggil laksa ni Laksa Penang Power Memikat hati Suami. Saya tukang sediakan bahan dan campak-campak ke dalam periuk sahaja. En Suami yang mencukupkan rasa laksa tu menjadi laksa penang kesukaan dia. Hehe. Sekurang-kurangnya dia tolong saya di dapur.. Hihi

Ok, petang ni pegi COD shaklee collagen powder kat Bandar Puteri Jaya. Dekat ja, jumpa face to face, mudah bina hubungan mesra dengan customer. Hihi. Promosi September, jangan dilupakan yer kawan-kawan.




Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
---------------------------------------------------
 Elda Malissa
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)

No comments:

Post a Comment