Wednesday, September 10, 2014

Resepi : Donut Lembut dan Gebu

Assalamualaikum..

Hari ini kita share resepi lagi. Semalam ada friend dalam FB request resepi donut ni. Itu yang baru teringat nak tempek resepi kat sini. 

Donut ni memang kegemaran Damia. Sebut sahaja nak buat donut, terus excited dan suruh buat on the spot juga. Bukan setakat tu, masa tengah sediakan bahan pun dia dah mula berulang kali kata, "ummi, nak makan donut". Sampai kadang-kala naik stress umminya nak menguli donut. Hahaha.

Donut ni memang gebu, rangup di luar tapi lembut di dalam. Kalau selalu donut yang beli di kedai, dah sejuk, bila makan, isi agak keras dan liat. Tapi, donut yang ni makan sejuk pun sedap dan masih lembut :) Memang tak rugi mencuba. Bahan pun mudah sahaja ^__^.



Resepi donut lembut dan gebu kegemaran anak-anak.


Saya Copy & Paste dari teratak Kak Ruhayu (http://ruhayurazali.blogspot.com/2012/11/resepi-donut-gebu-dan-lembut.html). Terima kasih tuan tanah. :)

Bahan-bahan:

▪ 500gram tepung gandum, kalau guna tepung high Protein pun okey. Warna donut putih jer.
▪ 2 sudu majerin
▪ 1 sudu teh garam
▪ 3 sudu susu tepung (kebetulan susu anak daraku ada.. guna jer)
▪ 3 sudu gula pasir.
▪ 11gram mauripan (1 paket)
▪ sedikit air sejuk yang disimpan dalam peti ais ( guna apabila adunan belum lembut)

Cara Menyediakan:

1. Kembangkan mauripan guna air suam. Biarkan.
2. Dalam satu mangkuk masukkan tepung, buat lobang ditengahnya, masukkan gula, susu dan majerin. Adun mesra kesemua bahan.
3. Tuang mauripan kedalam adunan. Uli kesemuanya hingga menjadi doh. Masukkan garam yang sudah dilarutkan dalam air suam.
4. Uli adunan hingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air simpanan dalam peti ais. Uli lagi.
Adunan doh yang siap diuli.

Terus terap pada acuan, sebelum tu guna pengelek untuk meratakan doh. 5 minit kemudian donut akan berkembang dengan jaya. Masa ini korang dah boleh panaskan api kuali, boh minyak yang banyak untuk tenggelamkan donut yang belum dimasak. Apabila minyak panas. Masukkan donut kedalam kuali.



Dah goreng, masak, sejukkan, sprinkle dengan gula halus, boleh lah bagi anak sarung kat jari buat jadi cincin, dan makan :D


500 gram selalunya boleh dapat dalam 30 lebih biji menggunakan acuan sederhana besar. Kalau orang kat rumah tak ramai dan tak boleh nak menghabiskan semua dalam satu masa, anda juga boleh bekukan, jadi frozen donut :)

Caranya adalah dengan menggorang donut tadi sekejap sahaja. Cukup untuk matikan yis. Jangan sehingga donut berubah warna menjadi perang. 

Mudah sahaja kan? Selamat mencuba ^__^