Tuesday, September 23, 2014

Anda Merancang Untuk Hamil? Tingkatkan Kesuburan Dengan Tips dan Set Shaklee.

Anda Merancang Untuk Hamil? Tingkatkan Kesuburan Dengan Tips dan Set Shaklee.


Assalamualaikum


Sekarang ni semakin ramai yang mengalami masalah kesuburan, bukan? Sebab apa ya? Pernah tak terfikir apa yang menyebabkan pasangan suami isteri itu sukar untuk mendapatkan cahaya mata? Betulkah orang dahulu mudah mendapatkan zuriat selepas berkahwin? Satu sebab yang kita perasan adalah orang dulu-dulj hampir kebanyakannya berkahwin di usia muda. Makcik saya berkahwin di usia 16 tahun, dapat anak pertama setahun kemudian. Bila anak-anak dah besar, berjalan bersama di luar, orang selalu tersalah anggap mereka adalah adik beradik. Hihi. Kelebihan berkahwin muda. Sebab kesuburan wanita semakin surut seiring dengan umur yang semakin meningkat.

Dah kahwin muda, anda sihat tubuh badan, period pun teratur, tapi masih gagal untuk mengandung? Jika anda merancang untuk hamil namun masih gagal setelah usia perkahwinan melebihi usia 6 bulan, anda dinasihatkan menemui doktor pakar untuk pemeriksaan kesuburan.

Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada ketidaksuburan wanita atau lelaki. Jika anda dan pasangan merancang untuk hamil, jom baca persediaan yang anda boleh buat atau ambil tindakan agar dapat meningkatkan kesuburan dan peluang untuk menimang cahaya mata.


1. Perhatikan berat badan anda dan pasangan.
Obesiti atau berat badan berlebihan bukan sahaja menjadi punca kepada penyakit kronik sepwrti diabetes atau kencing manis, malah menjadi punca kepada ketidaksuburan baik isteri mahupun suami. Berat badan yang berlebihan atau terlalu kurus boleh mengganggu hormon anda. Paling teruk, ianya boleh memberhentikan terus ovulasi daripada berlaku. Obesiti juga menjadi punca berlakunya kejadian PCOS.


2. Makan makanan yang sihat.
Pengambilan makanan yang sihat, kalau boleh organik adalah sangat digalakkan. Pasangan yang merancang hamil haruslah mendapatkan nutrisi lengkap di dalam diet mereka. Antara nutrisi yang penting untuk kesuburan adalah, vitamin A, C dan E, zink dan selenium. Nutrisi dan vitamin-vitamin tersebut telah diiktiraf melalui pelbagai kajian dapat memulihkan kesubjran wanita dan lelaki.




3. Asid folik.
Asid folik adalah sangat penting untuk diamalkan oleh wanita hamil. Pengambilan asid folik adalah penting untuk kesihatan dan kebaikan janin yang dikandung. Pengambilan asid folik membantu pembentukan sistem saraf pusat kanak-kanak, selain mengurangkan risiko terjadi kejadian spina bifida iaitu kecacatn pada tiub neural bayi dalam kandungan. Wanita yang merancang hamil disarankan untuk mula mengambil asid folik seawal tiga bulan sebelum mengandung.


4. Bersenam.
Bersenam dapat membantu melancarkan peredaran darah yang baik selain dapat mengekalkan atau menurunkan berat badan. Anda disarankan untuk bersenam sekurang-kurangnya 2 jam seminggu, ataupun 30 minit setiap hari, itu adalah yang terbaik.



5. Hentikan cara hidup yang memudaratkan kesihatan.
Jika anda merokok, minum alkohol atau mengambil ubat-ubatan, sila berhenti serta merta! Merokok dan tabiat minum alkohol telah terbukti menjejaskan kesuburan wanita dan lelaki. Dapatkan vivix untuk membantu anda memulihkan sel2 yang telah rosak disebabkan nikotin dari rokok yang anda hisap selama ini.


6. Kurangkan pendedahan pada bahan kimia.
Bahan kimia yang terkumpul di dalam badan menjadi toksin. Toksin yang terkumpul di dalam badan adalah penyebab utama kepada masalah kesihatan yang kita alami. Radikal bebas dari pencemaran sekeliling merosakkan sel-sel dalam tubuh. Jadi, suami isteri adalah dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti yang menyebabkan anda terdedah kepada bahan beracun.


7. Kawal stress atau tekanan dengan baik.
Stress atau perasaan yang tertekan boleh mematikan sel-sel dalam badan kita. Oleh itu, jangan biarkan diri anda dilanda tekanan emosi. Merancang atau membuat perancangan terus menerus boleh membantu anda mengatasi stress.

Sumber: http://www.drypers.com.my/ms/Tahap-Anda/Artikel/?contentId=175010

Set Kesuburan Shaklee yang Lengkap 


Jika anda mendapati susah untuk mendapatkan kesemua nutrisi penting yang membantu anda meningkatkan kesuburan, boleh lah mengamalkan pengambilan vitamin atau supplemen shaklee ni yang khas untuk tingkatkan kesuburan. Kenapa vitamin shaklee? Sebab, vitamin shaklee adalah dari bahan atau sumber semulajadi. Ianya dah terbukti berkesan dan yang penting selamat untuk digunakan.

Antara vitamin shaklee yang dicadangkan dalam set kesuburan lengkap shaklee adalah:

  • Vitamin C
  • Vita-lea
  • Vitamin E
  • Zink
  • B-complex
  • Alfalfa (detoksifikasi)
  • CoQHealth Plus
  • GLA complex




Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
---------------------------------------------------
 Elda Malissa
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)


No comments:

Post a Comment