Sunday, September 21, 2014

Asid Folik Untuk Kesuburan Suami & Isteri

Asid Folik Untuk Kesuburan Suami & Isteri




Assalamualaikum..


Teringat kisah pengalaman mengandungkan Damia dan Dafinah 4 tahun dan 2 tahun lepas. Klinik akan bekalkan ibu-ibu hamil dengan empat jenis vitamin. Tapi, saya hanya makan satu sahaja iaitu Asid Folik :D. Yang lain memang ambil untuk disimpan sahaja, kadang-kadang bila rasa bersalah ja saya ambil makan kesemua jenis vitamin. Haha. Sampaikan nurse klinik minta saya pulangkan semula vitamin tu.

Kenapa ibu mengandung dibekalkan dengan asid folik (fokus kita kepada asid folik sahaja)? Sebab pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakanb (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak. 

Asid folik adalah amat digalakkan diambil sekurang-kurangnya 3 bulan atau 12 minggu sebelum anda hamil. Jadi, jika anda merancang ingin hamil, ambil lah asid folik mulai hari ini. 

Apakah peranan asid folik dalam kesuburan suami & isteri?

Asid folik membantu mengatasi masalah kesuburan pada lelaki iaitu dengan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Apakah bahaya kecacatan kromosom pada sperma lelaki? Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama. Tragedi keguguran di awal kehamilan dipercayai disebabkan oleh masalah dari kecacatan kromosom pada sperma suami. Oleh itu, suami juga dinasihatkan untuk mengambil asid folik antara 700-1000 mcg sehari. 

Bagi wanita pula, ia membantu mematangkan telur ovum, membentuk placenta dan ketika janin mula hidup di dalam rahim. Asid folik juga sangat penting untuk wanita yang sedang hamil kerana boleh mengurangkan risiko kelahiran pra-matang, kecacatan tiub neural pada bayi yang dikandung dan kekurangan darah (anemia).

Sumber makanan yang mengandungi asid folik adalah:
  • Hati ayam
  • Daging, ayam dan telur
  • Kekacang
  • Beras perang, barli dan oat
  • Sayuran hijau, buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain. 

Vitamin Shaklee yang mengandungi Asid Folik?

♧ B-complex 

  • Membantu dalam menghasilkan tenaga dan membantu mengatasi kemurungan dan stress.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah dan secara tidak langsung membantu mencegah anemia.
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, membantu fungsi seksual dan gangguan saraf.
♧ Vita-lea Multivitamins


  • Penambahan tenaga segera dan keupayaan sistem produktif
  • Pelengkap nutrisi asas, memastikan sel hidup, pertu buhan sel baru, membantu proses pembesaran.
  • Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

B Complex dan Vitalea (Multivitamin) Shaklee ini mengandungi 200mcg Asid Folik. Untuk penjagaan kesihatan harian, pengambilan kedua-dua produk ini amat disyorkan. Badan yang sihat juga diperlukan untuk mendapatkan zuriat dan seterusnya untuk menghadapi proses kehamilan selama 9 bulan.


Ya benar, folic acid bukanlah ubat yang dicipta untuk merawat kesuburan. Folic acid (atau disebut juga folate) adalah vitamin semulajadi yang dicipta Allah dengan pelbagai faedah.
Ia yang juga dikenali sebagai vitamin B9 sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahem untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahem mungkin akan terjejas.
~ Dr. Zubaidi ~ 


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
-------------------------------------------------- 
 Elda Malissa 
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)

 ** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 


No comments:

Post a Comment