Cara Ketahui Ovulasi Dan Cara Kira Hari Subur. Peluang Hamil Lebih Tinggi
Assalamualaikum.
Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga, pasti menginginkan zuriat pewaris keturunan kan? Namun, ada juga pasangan yang masih belum bersedia di awal perkahwinan kerana selalu beralasan tunggu kewangan stabil dahulu. Anak itu membawa rezeki, bahagian dia dah ditetapkan, dia tak mengambil pun bahagian rezeki mak ayah dia. Mana tahu apabila dapat anak, suami dapat pekerjaan yang lebih baik, gaji lebih tinggi ke, siapa tahu kan? Yakin pada Allah yang memberi rezeki, Dia dah atur yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Bercerita mengenai zuriat ni, tak semua pasangan dikurniakan anak dalam tempoh yang singkat selepas menikah. Ada pasangan yang diuji lebih lama. Makan masa bertahun untuk berjaya hamil. Itupun setelah pelbagai usaha dilakukan. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha yang sungguh-sungguh, Allah pasti makbulkan jika itu memang yang terbaik buat kita.
Bilakah waktu terbaik untuk pasangan suami isteri 'membuat anak'? Banyak perkara yang boleh menjadi tanda aras, bahawa si isteri adalah dalam keadaan paling subur dan peluang hamil paling tinggi, iaitu pada hari ovulasi.
Mari belajar dahulu apa itu ovulasi.
Ovulasi adalah kejadian apabila satu atau lebih telur paling matang dilepaskan dari salah satu ovari dan di simpan di dalam tiub falopio. Tiub falopio pula menyambungkan ovari ke uterus atau rahim. Ovulasi adalah masa yang paling subur dalam kitaran haid anda. Ovari tidak semestinya bergilir-gilir melepaskan terus, tetapi ianya berlaku secara rawak. Jadi, tidak hairanlah, jika ada yang masih boleh hamil walau hanya dengan sebelah ovari sahaja.
Bagaimana hendak menentukan ovulasi berlaku dan memberi peluang untuk anda hamil?
Untuk hamil secara semulajadi, telur wanita akan bertemu dengan sperma lelaki dan bercantum (senyawa) di dalam tiub falopio. Tetapi, perkara ini hanya berlaku apabila ovulasi telah berlaku. Ovum boleh hidup hanya 24 jam selepas ovulasi. Jadi, peluang untuk hamil hanya boleh berlaku dalam tempoh tersebut (sehari).
Adakah anda perlu tergesa-gesa untuk melakukan hubungan seks pada hari tersebut? Hari ovulasi berlaku tidak dapat dijangka secara tepat. Tetapi, jangan risau, jangan gundah sebab sperma boleh hidup sehingga tujuh (7) hari di dalam tiub falopio.
Jadi, mari belajar bagaimana meningkatkan peluang hamil dengan cara mengira waktu subur anda.
Cara paling mudah untuk menentukan waktu subur anda ialah dengan mengira kitaran haid anda. Tidak semua wanita memounyai kitaran haid yang sama, dan lebih menyedihkan, tidak semua wanita mempunyai period yang tetap. Ada yang berbulan baru period sekali, ada yang bertahun. Jika anda di kategori ini, memang sangat sukar untuk mengira waktu subur. Anda perlu berjumpa dengan pakar untuk membuat pemeriksaan lanjut. Atau anda boleh mencuba GLA Complex Shaklee untuk membetulkan haid anda terlebih dahulu sebelum merancang.
Jom teruskan dengan belajar cara mengira waktu subur untuk menjadikan usaha 'membuat anak' itu berhasil. :D
Ovulasi biasanya bermula di antara hari ke 12 hingga 14 sebelum hari haid yang pertama. Sepertinya sukar kan untuk tahu bila hari pertama period akan berlaku. Itu pentingnya anda merekodkan kitaran haid anda setiap bulan. Kebanyakan wanita mempunyai kitaran haid normal sebanyak 28 hari.
Kita ambil contoh kitaran haid anda ialah 28 hari dan tetap. Cara mengira kitaran haid adalah dengan cara kira hari pertama anda datang haid sebagai hari pertama dan hari sebelum haid bulan seterusnya adalah hari terakhir. Faham kan? Jadi untuk kitaran 28 hari, waktu subur anda adalah diantara hari ke 12 hingga ke 17.
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Sumber: http://www.babycenter.com.my/a1044297/ovulasi#ixzz3EQeSloewhttp://www.babycenter.com.my/a1044297/ovulasi#ixzz3EQYZ3hd8
Bagaimana untuk meningkatkan kebarangkalian anda untuk hamil?
Ovum boleh hidup satu hari, iaitu 24 jam sahaja. Untuk menjangka hari ovulasi benar-benar berlaku juga tidak mudah. Jadi bagaimana untuk anda meningkatkan peluang untuk hamil? 3 situasi anda bokeh praktikkan.
Contoh: Kitaran haid 28 hari
Situasi 1:
Jika ovum matang dibebaskan pada hari ke-12 & hidup 24 jam iaitu sehingga hari ke-13. Hubungan seks pula dilakukan pada hari ke-14, kemungkinan ovum tidak bercantum dengan sperma walaupun waktu subur jangkaan adalah dari hari ke 10 hingga 14.
Situasi 2:
Jika hubungan seks dilakukan pada hari ke-10 iaitu sebelum ovulasi. Sperma biasanya boleh hidup 2-3 hari. Jadi jika ovum dilepaskan pada hari ke-12, persenyawaan masih boleh berlaku.
Situasi 3:
Sperma yg gagah boleh hidup lebih lama, katakan 5 hari. Jika hubungan seks dilakukan pada hari ke-8 iaitu sebelum ovulasi... ovulasi pula berlaku pada hari ke-14 (jarak 6 hari dari hubungan seks terakhir), kedua ovum dan sperma sudah berada di tiub fallopio dan persenyawaan masih boleh berlaku dengan jayanya.
Untuk persenyawaan ini boleh terjadi, haruslah dipastikan perkara berikut:
- sperma sihat supaya boleh hidup lebih lama.
- kenal pasti perubahan diri untuk detect bila ovulusi berlaku
- lakukan hubungan seks sekerap mungkin sebelum dan semasa waktu subur.
Vitamin Shaklee boleh membantu meningkatkan peluang anda hamil dan mempunyai zuriat sendiri.
1. Zink - Bantu meningkatkan bilangan dan kualiti sperma. Melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
2. GLA Complex - Membetulkan kitaran haid dan menyediakan cecair serviks yang subur.
3. Vitamin E - Tambahan selenium & vitamin E meningkatkan kualiti air mani dan menambahkan keseronokan seksual.
4. Alfalfa Complex - Berfungsi seperti kacip fatimah dan mengurangkan masalah keputihan. Juga sebagai detoks, mengeluarkan toksin dalam badan yang menghalang penyerapan vitamin yang optimum.
5. ESP - Menguatkan rahim bagi yang senang mengalami keguguran.
6. Vita-lea -Mangan dan magnesium dalam multivitamin membantu eraksi lelaki. Vitamin A dalam multivitamin membantu kesuburan wanita.
7. Vitamin C - Anti oksida untuk melindungi sperma bagi menghasilkan sel yang sihat.
8. B-Complex - Mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma dan memberi tenaga. Membantu kematangan ovum dan pembentukan plasenta.
**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. ** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) ** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: --------------------------------------------------- Elda Malissa ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
No comments:
Post a Comment