Monday, October 06, 2014

Resepi : Daging Masak Hitam


Assalamualaikum..

Hari ini jiran sebelah bagi daging korban. Banyak juga, rasanya berat lebih daripada sekilo tu. Hehe. Rezeki, rezeki. Bukan murah kalau nak beli daging sekarang ni, lebih-lebih lagi selepas kenaikan harga minyak baru-baru ni. Agak lama juga rasanya kami tak membeli daging. Merasa makan daging hanya bila makan di luar. :) Kesian tak?



Sebab dah dapat daging percuma hari ini, haruslah masak special sikit, dan yang penting menu kegemaran suami. Maka, terhasil lah daging masak hitam versi  cincai saya ni. Saya rujuk resepi dari internet juga, tapi semua agak renyab, banyak bahan perlu disediakan. Saya kesuntukan masa, sebab si Dafinah ni tak boleh berenggang lama-lama, bila-bila masa sahaja dia boleh minta menyusu. Haha.

Resepi Daging Masak Hitam.


Bahan-bahan
Daging
Bawang merah *
Bawang putih *
Bawang besar (india) *
Kulit kayu manis * - ketuk sedikit, nanti rosak pula blender
Cili kering *
Kisar semua bahan yang bertanda (*)

Bahan tambahan
Lobak merah
Ubi kentang
Kicap
Serai diketuk
Garam

Cara-cara
1. Hiris daging atau potong kiub
2. Rebus daging supaya empuk sedikit
3. Kisar semua bahan bertanda *.
4. Panaskan minyak. Kemudian tumis bahan kisar tadi sehingga sedikit garing.
5. Masukkan daging dan kicap. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah.
6. Masukkan ubi kentang, lobak dan serai.
7. Perasakan sehingga menepati cita rasa anda.
8. Siap, dah boleh hidang :)

Raya ni mesti tak lepaskan peluang makan masakan istimewa kan? Daging rendang, daging masak kicap, nasi arab, ayam kari.. Fuh, semua makanan tinggi kolesterol tu. Nak block kolesterol, Shaklee ada banyak produk untuk merendahkan atau mengawal kolesterol anda.
☆ Omega guard
☆ VIVIX
☆ Lecithin







 Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
---------------------------------------------------
 Elda Malissa
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. ** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) ** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)

No comments:

Post a Comment