Tuesday, October 07, 2014

Herbal Blend Multipurpose Cream Yang Ajaib. Merawat Ruam Lampin Dan Ruam Susu

Herbal Blend Multipurpose Cream Yang Ajaib. Merawat Ruam Lampin Dan Ruam Susu


Assalamualaikum...


Herbal Blend Multipurpose Cream

Tak pernah lagi rasanya sharing mengenai Krim Ajaib Shaklee ni, atau nama sebenar diberi ialah, Herbal Blend Multipurpose Cream. Krim ni juga merupakan produk Shaklee yang pertama saya beli dan cuba dahulu bersama-sama ESP. Semasa itu, saya mencari krim untuk disapu pada ruam lampin dan ruam susu pada pipi anak saya. Ketika itu umur Dafinah baru tiga hingga ke empat bulan macam tu. Ruam merah penuh di pipi hingga ke leher dia. Saya yang tengok terasa seperti pedihnya ruam tu jika terkena peluh atau dalam cuaca panas. 

Sebelum itu, saya menggunakan krim Drapolene ni sahaja untuk disapu pada ruam lampin. Dah guna semenjak Damia bayi lagi. Memang bagus krim ni, suka bau dia, tekstur pun halus dan lembut, tapi agak pejal. Jadi, bila sapu pada kulit, kena gosok sikit untuk meratakan sepenuhnya krim tu pada kulit bayi. Jadi, tak tergamak pula nak cuba sapu pada ruam susu di pipi Dafinah ketika itu. 

Mudah sahaja mendapatkan krim ni, ada dijual di pasar raya seperti Tesco. Harga lebih kurang RM11.++

Saya mencari melalui online, krim yang selamat dan sesuai untuk disapu pada kulit bayi yang sensitif, terutamanya untuk disapu pada ruam susu. Mencari dengan bersungguh-sungguh, baca testimoni semua, akhirnya saya terpaut hati hendak mencuba Herbal Blend Cream ni. Terus order bersama-sama setin ESP. 

Herbal Blend Cream sampai sahaja di tangan saya, saya terus sapu pada ruam di punggung dan sekitar bahagian hadapan sahaja dahulu, sebab masih takut-takut untuk sapu di pipi. Pertama kali saya sapu pada anak saya, wah, rasa sangat suka dengan tekstur dia yang lembut, tidak terlalu pejal, seperti cecair losyen, tapi bila disapu, cepat sahaja meresap ke dalam kulit, tidak meninggalkan rasa melekit-lekit seperti losyen. Tidak panas. Memang saya teruja dan suka sangat. 

Hasilnya memang menakjubkan! Selepas sehari, sudah nampak perubahan yang sangat menggembirakan. Ruam merah pada punggung dan sekitar alat sulit sudah banyak berkurang. Selepas beberapa hari konsisten sapu pada bahagian tersebut, dah lega. Ruam merah dah hilang. Kemudian, barulah mula berani hendak cuba sapu di pipi dan leher Dafinah. Berkesan! Memang hilang ruam susu tu selepas beberapa hari. 

Antara testimoni pengguna Herbal Blend Cream.

Semenjak dari hari itu, memang saya terus beralih kepada Herbal Blend Cream sepenuhnya. Ke mana-mana harus bawa bersama. Sebab krim ini bukan sahaja khas untuk ruam susu atau lampin, tetapi untuk gatal-gatal, bekas gigitan nyamuk, kulit kering (penyakit kulit), pendek kata untuk apa sahaja kaitan dengan masalah kulit. Boleh cuba buat eksperimen untuk sapu dan lihat hasilnya. 

Jangan risau sangat. Krim ini selamat digunakan. Tidak mengandungi bahan-bahan kimia terlarang yang memudaratkan kulit. Sebab itu saya pilih Herbal Blend Cream ni. Sehingga kini masih menggunakannya pada anak-anak. Satu tiub ni tahan berbulan lamanya. Harga pun murah. Murah pada saya adalah kerana hasilnya yang ajaib, tahan lama dan kepuasan hati menggunakannya tanpa was-was.


Mari kita baca apa lagi kebaikan dalam Herbal Blend Shaklee ini :
  • Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.
  • Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
  • Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.
Pelbagai kegunaan yang anda boleh dapat dari satu tiub Herbal Blend Multipurpose Cream ni.

Letak kat hidung pun boleh hilangkan blackhead??!

Sebab itu saya gelar dia dengan gelaran krim AJAIB! =)
Sesuai sangat namanya 'MULTIPURPOSE CREAM' kan? :)

HARGA : RM27.50 
NET WEIGHT : 4 OZ

Memang tahan berbulan! Krim ni kat rumah saya sampai sudah melepasi tarikh luput, masih belum habis. (Nasib lah dapat jenis mak yang tak berapa rajin dan tak konsisten nak sapu ni. Hehe




Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
 --------------------------------------------------- 
 Elda Malissa 
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 


No comments:

Post a Comment