Friday, October 03, 2014

Resepi : Butter Cake versi Pelangi

Resepi : Butter Cake versi Pelangi




Assalamualaikum..



Kek ni dah beberapa minggu dah saya buat, tapi lupa tempek resepi di sini. Hehe. Semenjak dah jadi WAHM ni, ada sahaja aktiviti nak dibuat, tak betah duduk diam. Hehe. Sebenarnya nak entertained anak-anak ni juga, kakak Damia sangat suka kek. Tapi, yang sebenarnya paling dia suka adalah kek coklat. Jadi, cubalah buat butter cake ni, tapi versi pelangi calourful. ^___^

Resepi saya copy and paste dari dapu kak Azie :) Halal yer kak

Resepi Butter Cake

Bahan bahan:
250g pure butter - saya guna jenama Anchor (saya guna buttercup jer)
250g tepung naik sendiri
180g gula kaster
4 biji telur
1/2 cawan susu segar

Cara cara:
1. Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed)
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan  tepung
4. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 selama 40 minit atau sehingga masak.

Saya bahagikan adunan kepada 3. 


Rupa sebelum masuk oven.


Hangit sikit. Hihi


My cake tester. Haha. Siap buat GOOD lagi si kakak. 



No comments:

Post a Comment