Saturday, October 04, 2014

Kesan Diabetes Ketika Hamil.

Kesan Diabetes Ketika Hamil. 



Assalamualaikum..


Apakah itu diabetis gestasi?

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini. 
Selalunya, perut dan usus akan menghadam karbohidrat dalam makanan dan menukarnya menjadi glucose. Selepas tu, glucose akan disalurkan ke dalam darah untuk membekalkan tenaga.

Penyaluran glucose ke sel-sel badan memerlukan hormon insulin. Hormon ini dihasilkan oleh pankreas. Sekiranya anda mempunyai diabetes, tubuh badan tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau sel tubuh badan tidak dapat mengunakan glucose seperti yang sepatutnya. Ini akan menyebabkan glucose terkumpul dalam darah dan menyebabkan diabetes atau kandungan gula tinggi dalam darah.
Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut: 
  • keletihan
  • dahaga yang terlampau
  • membuang air kecil dengan banyak
  • penglihatan kabur.

Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?

Kesan pada ibu hamil;
  • Mudah mendapat jangkitan pada faraj.
  • Berisiko bersalin secara caesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar.
  • Luka bersalin lambat sembuh maka berisiko mendapat jangkitan pada luka.
  • Berisiko menghidap diabetes tahap 2 di kemudian hari.

Kesan pada bayi;
  • Berisiko lahir pra-matang.
  • Berisiko kematian bayi dalam kandungan.
  • Bayi menjadi terlalu besar dan boleh menyebabkan kesukaran semasa proses bersalin.
  • Masalah kesihatan selepas lahir seperti hipoglisemia (gula rendah)dan jaundice (demam kuning).
  • Berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap diabetes di kemudian hari..
  • Berisiko ditahan di wad untuk jangka masa tertentu sebaik selepas kelahiran untuk pemantauan.


Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:
  • Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30
  • pernah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih
  • pernah menghidapi diabetis gestasi sebelum ini
  • ahli keluarga yang mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);

Bagaimana diabetis gestasi dirawat?

Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiranprotin tanpa lemak dan lemak jenis baik
Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. 
Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya. 
Anda perlu melakukan scan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda. 
(sumber: baby center)

Apakah Produk dalam Shaklee yang membantu ibu untuk mengawal @ mengatasi masalah kencing manis? 


ESP (850gm ~ RM150.00) ~ Minuman protin rendah indeks glisemik (GI) yang membantu mengawal insulin dalam darah. Ia membantu mengawal paras gula.
B-Complex (120 biji ~ RM53.75) ~ Menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga. Menukarkan makanan kedalam bentuk tenaga.


Vita-lea (120 biji ~ RM88.75) ~ Lengkap dengan 19 mineral termasuk zink yang penting untuk penghasilan insulin dan penyembuhan luka.



Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
 Elda Malissa 
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)


No comments:

Post a Comment