Tuesday, September 30, 2014

Kesan Suplemen Tidak Memuaskan. Apakah Sebabnya?

Kesan Suplemen Tidak Memuaskan. Apakah Sebabnya?

Assalamualaikum..


Entry semalam saya dah berkongsikan kenapa kesan suplemen shaklee tak seperti yang diharapkan. Salah satunya adalah disebabkan oleh lambakan toksin dalam tubuh yang mengganggu penyerapan optimum vitamin tersebut oleh badan. Jadi, hari ini kita panjangkan lagi entry tersebut dengan meng'higlight' pula dari segi cara kita mengamalkan pengambilan vitamin ini.

Kenapa klien A makan set kurus shaklee menunjukkan kesan yang sangat positif, hilang 3 kg dalam masa sebulan, tetapi mengamalkan set yang sama, klien B tidak mengalami sebarang perubahan?



Mari kita senaraikan antara sebab-sebabnya.

1. Kurang minum air kosong!
Kebanyakan dari kita memang sangat kurang minum air masak kan? Lebih gemar minum air manis. Air masak @ air kosong yang cukup sangat penting untuk membolehkan proses serapan vitamin / suplemen berlaku secara optimum. Kita disarankan untuk minum air masak sebanyak 2.5 - 3 liter sehari. Pengambilan air manis hanya akan meningkatan kepekatan darah dan menyumbang kepada gejala kegemukan.

2. Makan tidak konsisten!
Inginkan kesan yang cepat tetapi makan vitamin ikut suka bila-bila teringat sahaja! Mana boleh macam tu. Lepas tu salahkan produk pula tak berkesan. Jika anda makan hanya konsisten 7 hari, lepas tu masih tak nampak kesan yang diinginkan, terus salahkan produk. Vitamin Shaklee bukan seperti produk lain yang claim 7 hari wajah putih glowing bla bla bla. By fact, tak seorang pun sid (yang beretika) akan claim macam tu. Vitamin shaklee adalah dari bahan semulajadi tanpa pengawet, jadi, kesan adalah mengambil masa 90 hingga 120 hari untuk menampakkan kesan terbaik. Konsisten dan istiqammaha, OK!

3. Elakkan makan sekaligus.
Ada yang malas nak makan ikut jadual. Masa teringat nak makan vitamin tu, masa tu dia bantai semua sekaligus dalam satu masa. Jangan makan sekali harung semua vitamin. Kesian pada buah pinggang anda bekerja keras memproses semua vitamin sekaligus. Kalau anda rajin minum air kosong, tak mengapa lah juga kan. Ada yang lagi dahsyat tu, makan semuanya sebelum tidur! Masa tidur adalah ketika badan berehat. Hanya vitamin tertentu sahaja disarankan ambil sebelum tidur. Jadi, please makan ikut jadual.

4. Elakkan kafein.
Kebanyakan coffee lovers ni tak berapa gemar nak amalkan suplemen, sebab kafein dengan vitamin adalah tidak serasi bersama. Peminat coffee boleh mengambil vitamin, tetapi anda perlu menjarakkan masa pengambilan vitamin dengan coffee time anda. Kandungan kafein akan merosakkan vitamin yang diambil, jadi ianya adalah suatu pembaziran jika kafein dan vitamin diambil bersama. Kurangkan kafein jika anda tidak boleh meninggalkannya langsung.




 Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
 Elda Malissa 
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)


Set Baket Kesuburan Shaklee. Ketahui Manfaat Zinc Complex Untuk Lelaki

Set Baket Kesuburan Shaklee. Ketahui Manfaat Zinc Complex Untuk Lelaki



Assalamualaikum..



Apa set yang paling bajet dalam set kesuburan shaklee? Set bajet bermakna set untuk klien yang on low budget, atau yang sekadar ingin mencuba. Suka2 orang kata. Hehe. Tapi, insyaAllah, jika anda makan ikut seperti yang dicadangkan, disertakan doa, usaha dan tawakal, anda juga boleh mendapatkan cahaya mata seperti mereka yang telah berjaya

Set bajet kesuburan shaklee ada GLA Complex untuk si isteri dan Zinc Complex untuk si suami. GLA dah banyak dikongsikan dalam blog ni, tapi zinc complex belum lagi dihuraikan ya tentang khasiat dan manfaatnya. Ok, jom study tentang zinc complex pula hari ni. :) 

Zinc Complex juga sangat disarankan kepada pasangan yang ingin berusaha mendapatkan zuriat. Zink di dalam prostat lelaki adalah 10x ganda dari organ lain. Ia memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra matang dan rambut gugur. 


Zinc is involved in sperm production and also plays a role in 'activating' the sperm. Nutritionists believe that taking just 15mg a day - the daily recommended amount - can help repair the damage caused to sperm by harmful chemicals absorbed from the environment.
Rich sources of zinc in the diet include seafood, particularly oysters (this is how they gained their reputation as an aphrodisiac) red meat, whole grains and pulses. You can also find it in smaller amounts in some dairy products, such as cheese.
If you want to take a zinc supplement, alternative health experts advise a supplement of no more than 30mg a day and this should be taken in conjunction with a copper supplement, usually 1.5mg.
This is because consuming more than half a gram of zinc every day can interfere with the way the body metabolises copper. Some zinc tablets are combined with copper to make them easier to take.


Selain itu, antara kepentingan dan manfaat utama zinc complex ialah : 

  • Mengaktifkan 200 jenis enzim menggabungkan DNA, RNA dan protin, seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam tubuh kita untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja
  • Penting dalam membentuk kolagen dan protin 
  • Memperbaiki diabetes yangmana ia membantu pengeluaran dan mengekalkan fungsi insulin
  • Bintik putih di kuku adalah petanda kekurangan zinc yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, luka lambat pulih, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan
  • Membantu mempercepatkan proses baik luka - sebab tu dalam set pantang, dan pembedahan ada Zink
  • Memperbaiki masalah prostat - zink sangat penting untuk melindungi kesihatan prostat dan kualiti sperma. Zink ada dalam set kesuburan lelaki
  • Pengambilan zink dalam jangka panjang mampu perbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma & zink yang cukup penting untuk keupayaan seks yang bertenaga
  • Ovulasi Wanita - penting untuk proses ovulasi dan zink complex membantu penguncupan uterus mengembalikan ketahanannya
  • Memperbaiki Radang Kulit (akne,jerawat,pigmentasi)



Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
 --------------------------------------------------- 
 Elda Malissa 
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 


Monday, September 29, 2014

Kesan Vitamin Shaklee Tidak Sehebat Yang Diwar-warkan. Salah Vitamin Kah?

Kesan Vitamin Shaklee Tidak Sehebat Yang Diwar-warkan. Salah Vitamin Kah? 


Assalamualaikum..


Anda frust tak bila makan vitamin yang sama dengan kawan anda , tapi kesan tidak sama seperti yang si kawan alami. Memang awal-awal semasa urusan jual beli, sid selaluanya akan mengingatkan bahawa kesan adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang kesan cepat, ada yang lambat. Dengan konsisten mengamalkan vitamin Shaklee, kesan lambat tapi tetap akan dapat merasai kesan yang positif. 

Kenapa kesan setiap individu berbeza? Banyak benda boleh menjadi faktor. Tetapi entry ini saya fokuskan kepada efek lambakan toksin di dalam tubuh yang menghalang penyerapan vitamin berlaku secara optimum. Cek dulu situasi di bawah ya.

Bersempena PROMOSI BUY 6 FREE 1 Shaklee Collagen Powder bulan ni, semua pakat nak membeli SCP kerana nak merasa kehebatannya yang sering menjadi bualan. (Haha, ayat tak tahan!) Jadi, begitu juga bagi kawan saya 'A' dan klien saya 'B' tak terkecuali. Setelah habis sekotak, masing-masing memberikan feedback. 

A : "Wah, u all mesti cuba juga SCP ni. Best! Baru 3 sachets dah rasa kulit muka jadi lembab2, makin cerah. Mak dan suami yang tegur." (Saya dengar pun memang teruja habis!) Hehe

B : "Dah habis sekotak, tapi belum ada apa2 perubahan yang dirasai. Mungkin sebab badan dah tua, liat sikit kot nak repair." 

Mungkin kah alasan si 'B' tentang usia boleh dijadikan alasan untuk lambat mendapatkan kesan yang memuaskan. Mungkin juga.

Tapi bila diselidik, rupa-rupanya si 'B' mengalami sembelit yang teruk sehingga perlu mengambil ubat dari farmasi untuk memaksa beliau membuang. Satu lagi ialah, kurang minum air masak. Jadi, bila tak cukup air masak (disarankan 2.5-3 liter sehari), tambahan lagi sembelit, bayangkan lambakan toksin dalam badan tu, ianya tidak disingkirkan dan menjadi terkumpul dalam badan. Toksin yang banyak dalam badan adalah petanda tidak baik untuk kesihatan kita. Jadi seelok-eloknya, sebelum anda ingin mula mengamalkan pengambilan suplemen atau vitamin, pastikan buat pembersihan dalam badan dulu. Overhaul gitu. Hehe. 

Lebih 90 peratus penyakit adalah disebabkan oleh toksin dan berpunca dari toksin yang berkumpul di dalam badan. Toksin ni berbahaya kerana boleh meracuni sistem dalam badan melalui peredaran darah dan merosakkannya sehingga gagal berfungsi dengan baik. Perut adalah rumah bagi segala penyakit, kerana disitulah berkumpulnya semua makanan tidak sihat yang kita makan.

Bagaimana toksin terjadi?

  • Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
  • Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen
  • Merokok
  • Memakan buah-buahan atau sayur-sayuran yang diawet dengan bahan kimia
  • Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku


Tanda-tanda seseorang banyak toksin

  • Mudah berasa letih tanpa sebarang sebab

  • Susah bangun tidur 
  • Bahagian keliling mata gelap
  • Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit (bawah lengan, celah paha dan sebagainya) kelihatan lebih gelap dari warna asal kulit
  • Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi dan sinus
  • Berat badan meningkat dan kehadiran selulit
  • Masalah jerawat
Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih dan lemah, dan mudah dihidapi penyakit. Sebab itu, tubuh perlu melalui proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat.

Bagaimana cara membuang toksin? 

  • Detoks - Detoks umpama agen pencuci yang mengikis dinding usus yang terlekat dengan sisa buangan yang tidak pernah dibuang dalam tempoh yang sepatutnya.
  • Senaman - Dengan senaman, toksin akan keluar melalui perkumuhan (peluh)
  • Refleksologi - Sebahagian dari toksin tak dapat dikeluarkan dari badan dan akan mendap di bahagian kaki. Jadi, di sini pentingnya refleksologi kerana menurut perubatan Cina, kaki adalah umpama jantung kedua dengan mempunyai lebih 60 titik akupuntur. Melalui titik-titik ini, toksin akan disedut keluar.
  • Berpuasa - Nabi Muhammad SAW bersabda "Sumber segala penyakit adalah perut, perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu adalah ubat" (H.R. Muslim)

Shaklee juga menyediakan supplemen untuk tujuan detoksifikasi. 

Herb-lax - untuk membersihkan usus
Alfalfa Complex - untuk mencuci hati, darah dan usus
DTX Complex - untuk mencuci hati
Garlic - mencuci darah 


Jadi seelok-eloknya, sebelum anda ingin mula mengamalkan pengambilan suplemen atau vitamin, pastikan buat pembersihan dalam badan dulu. Overhaul gitu. Hehe. 



Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
 Elda Malissa 
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 


Telur Wanita Tidak Matang. Punca Kenapa Anda Sukar Hamil.

Telur Wanita Tidak Matang. Punca Kenapa Anda Sukar Hamil. 


Assalamualaikum..


Sebelum anda mula pening membuat keputusan untuk membeli vitamin yang mana untuk meningkatkan kesuburan untuk mudah hamil, adalah digalakkan sangat2 untuk pergi berjumpa dengan doktor bagi mengetahui masalah sebenar yang anda dan pasangan hadapi sehingga sukar untuk mendapatkan zuriat. Itu kebih mudah kan? Tidak membazir masa dan duit, dan paling penting tidak menyalahkan produk apabila masih gagal untuk hamil. Ya, rezeki anak itu hak Allah, dia akan beri jika itu yanb terbaik buat kita. Tugas kita sebagai hambaNya adalah berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. Jika anda memang mempunyainbajet yang besar, jadi tiada masalah untuk terus membeli kesemua vitamin yang boleh meningkatkan kesuburan dannpeluang untuk hamil. ^__^

Kita seringkali mendengar wanita yang kitaran haidnya adalah teratur dan tetap lebih mudah hamil. Ini kerana, apabila kitaran haid adalah tetap, lebih mudah untuk kita mengetahui waktu paling subur. Tetapi, ada tak pernah anda mendengar kes seperti ini. Si isteri mempunyai kitaran haid yang tetap dan normal, suami bukan lah perokok, tidak tinggal berjauhan, namun masih gagal mendapatkan cahaya mata setelah melebihi 3 tahun usia perkahwinan. Ini kerana untuk hamil bukan hanya haid yang perlu diambil kira. Banyak lagi faktor yang membuatkan seseorang wanita itu sukar untuk hamil. Dan faktor itu bukan sahaja dari pihak isteri malah pihak suami juga.

Walaupun haid kita teratur, tapi tidak semestinya kita akan mudah untuk hamil. Period yang teratur tidak menjamin kesuburan/kesenangan untuk hamil, kerana:


  1. Mungkin telur kita tidak matang dan diameter yang kecil dan ovari tidak menghasilkan telur yang banyak mungkin 1 atau 2 biji, walaupun hal ini terjadi, kita tetap akan mengalami period yang berikutnya.
  2. Hormon untuk pelekatan sperm dan ovum tiada dalam badan atau berada dalam paras yang tidak cukup.
  3. Hormon untuk membawa sperma dan ovum melekat didinding rahim tidak berada dalam paras yang cukup.
  4. Sperma suami tak cukup dari segi kualiti mahupun kuantiti


Tetapi jika disahkan si isteri mengalami masalah telur tidak matang, maka haruslah merawat masalah si isteri terlebih dahulu. Jadi, apakah suplemen yang paling sesuai untuk diambil oleh si isteri bagi mengatasi masalah ini?


CoQHealth membantu untuk menghasilkan tenaga semasa proses ovulasi. Proses ovulasi adalah proses pengeluaran telur oleh ovari. Tenaga diperlukan bagi memastikan telur yang dihasilkan adalah telur yang matang dan berkualiti.

CoQHealth juga boleh diambil oleh si suami. Fungsinya adalah untuk meningkatkan bilangan sperma yang berkualiti tinggi, selain menjadikan si suami lebih gagah dan bertahan lama ketika mengadakan hubungan intim. Lebih2 lagi jika si suami sudah agak berumur dan lebih teruk jika dia adalah seorang perokok.

Jika anda mempunyai bajet lebih besar, boleh lah mengambil set lengkap kesuburan yang pastinya untuk kesan lebih optimum. Badan pun semakin sihat dan bertenaga.

Usaha, doa dan tawakal.


 Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
---------------------------------------------------
 Elda Malissa
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)


Sunday, September 28, 2014

Testimoni: Meal Shakes Mengatasi Sembelit Dan Tingkatkan Selera Makan Anak

Testimoni: Meal Shakes Mengatasi Sembelit Dan Tingkatkan Selera Makan Anak




Assalamualaikum..





Sebelum ini saya telah beberapa kali berkongsi mengenai anak sulung saya, Damia yang sering sembelit dan kurang selera makan. Setelah mula mencampurkan Meal Shakes ke dalam susu dia sekali sehari, alhamdulillah, sembelitnya segera dapat diatasi. Memang mudah sangat dia membuang. Tak ada dah menangis-nangis, tangan dan kaki sejuk berpeluh meneran. Paling kesian, selalunya jika dia sembelit, dua hingga 3 hari juga dia dah mula meneran kemudian berhenti, meneran lagi, dan berhenti. 

Walau sembelit dia dah tak jadi, tapi selera makan dia masih tak ada peningkatan sangat di awal-awal dia mula minum meal shakes bersama susu formula. Selera dia sekejap ok, sekejap tak ok. :D (ikut menu ummi dia masak juga kot. Hihi..) Namun, yang bestnya, Damia jarang sangat sakit. Kalau demam batuk 3 serangkai tu, dia memang tak makan ubat (kes anak bermusuh ketat dengan ubat ^__^ ). Selalunya saya akan tingkatkan dos meal shakes ke dalam susu dia. Jika biasa sehari satu sudu teh sahaja, ketika sakit demam, saya akan bancuh dua kali meal shakes. 

Meal shakes ni adalah sumber multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral perlu. Ianya dalam bentuk serbuk tepung, berperisa french vanilla yang sedap! Kalau tak sedap, takkan si adik ni asyik minta meal shakes ni untuk diratah begitu sahaja! Hihi.



Cara bancuh adalah hanya 1 sudu kecil sahaja sehari, campurkan ke dalam minuman kegemaran anak. Sangat menjimatkan. Setin yang berat dia adalah 544 gram tu, tahan berbulan lamanya. Harga pun tak lah mahal mana, RM113.75 setin. Tapi sebab saya adalah ahli shaklee, jadi saya jimat lebih banyak lah. Itu yang tak rugi mendaftar sebagai ahli tu. :D

Jadi, jika anak anda mengalami masalah sembelit dan kurang selera makan, sangat-sangat digalakkan untuk memberi anak anda meal shakes. Produk Shaklee dah terbukti berkesan dan selamat. Ramai ibu bapa telah mencubanya dan berpuashati. Tetapi peringatan kepada ibu bapa, makanan seimbang masih perlu diusahakan untuk diberi kepada anak-anak anda. Ajar anak-anak untuk makan sayur, buah-buahan dan makanan sihat yang lain. Suplemen hanya sebagai alternatif atau makanan tambahan sahaja dan bukannya replacement kepada makanan berkhasiat yang disarankan oleh badan-badan kesihatan. 


***# Oh, yang nak rekod kat sini adalah improvement yang kakak Damia tunjuk sejak minggu lepas. Kini Damia tidak lagi menggunakan khidmat lampin pakai buang untuk ber*k. Hahaha. Sekarang dia dah boleh dipujuk untuk ber*k di dalam bilik air, jimat lagi duit untuk pampers :D. Alhamdulillah. 

PROMOSI MEAL SHAKES SEPT - OKT 2014

******BUY 3 FREE 1********





Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
 Elda Malissa 
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 


Ingin Hamil Tetapi Usia Telah Lewat 30-an. Tingkatkan Peluang Hamil Dengan CoQHealth Plus

Ingin Hamil Tetapi Usia Telah Lewat 30-an. Tingkatkan Peluang Hamil Dengan CoQHealth Plus


Assalamualaikum..


Sebelum ni saya banyak kongsikan tentang vitamin untuk tingkatkan kesuburan dan pelbagai tips untuk tingkatkan peluang hamil. Pelbagai faktor yang boleh menjadi punca kepada anda sukar untuk hamil dan salah satu puncanya adalah umur anda. Zaman sekarang, ramai yang memilih untuk berjaya dalam kerjaya dahulu baru lah memikirkan tentang rancangan hidup berumahtangga. Jadi, bila anda berkahwin pada usia yang agak lewat, ianya mempengaruhi tahap kesuburan anda dan mengurangkan peluang untuk hamil dengan mudah. Hamil di usia lewat 30-an selalu dikatakan kehamilan berisiko, seperti mendapat bayi yang mempunyai syndrome down. Boleh baca lanjut tentang kesan usia dengan kehamilan di sini --> http://www.babycenter.com.my/a1048082/umur-dan-kehamilan-anda

Tetapi, jika anda menjaga diet yang seimbang, gaya hidup yang sihat, tidak mudah stress, insyAllah, anda juga boleh melahirkan anak-anak yang comel, sihat dan sempurna. Berdoa dan berusaha dan bertawakal pada yang memberi rezeki. 

Jika anda adalah pasangan yang masih belum berjaya hamil dan telah berusia lewat 30-an, vitamin yang patut anda masukkan dalam senarai vitamin untuk kesuburan adalah CoQHealth Plus. Mari berkenalan dahulu secara ringkas dengan CoQHealth Plus

  • Ia adalah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10 , Vitamin E serta ekstrak teh hijau.
  • Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel.


Apakah peranan Co enzim Q10?


Co Enzim Q10  boleh didapati melalui makanan kita seharian, seperti  didalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pengambilan supplemen Co Enzim Q10 amat disyorkan setara dengan kandungan Co Enzim Q10 dalam badan yang semakin merosot. Ianya paling banyak didapati di organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

Bagaimana CoQHealth Plus membantu pasangan yang lewat usia untuk mendapatkan zuriat? 


Beberapa kajian mengenai kemandulan lelaki dan perempuan mempunyai kaitan dengan tahap CoQ10, iaitu bahan yang menghasilkan tenaga dalam badan yang dikenali sebagai mitokondria, dan mungkin boleh meningkatkan masalah kesuburan.

CoQHealth untuk isteri
Semakin lewat usia, kandungan CoQ10 dalam badan kita akan semakin merosot, oleh itu CoQHealth dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga dalam proses ovulasi, iaitu proses penghasilan telur wanita untuk disenyawakan bersama sperma. Ini akan memastikan telur yang dihasilkan adalah matang, sihat dan berkualiti.

CoQHealth untuk suami.
CoQHealth menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantung dan meningkatkan tenaga bagi jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan. Hasilnya, si suami lebih bertenaga dan bertahan lama ketika hubungan intim dengan si isteri. CoQHealth juga diperakui dapat meningkat kualiti sperma kerana di dalamnya juga terdapat Vitamin E yang terkenal sebagai vitamin kesuburan lelaki. CoQHealth juga merupakan vitamin antioksidan, di mana antioksidan adalah sangat penting untuk memelihara sperma yang sihat.



Secara umumnya, CoQHealth Plus Shaklee berfungsi:


1. UNTUK KESIHATAN JANTUNG
Rawatan dan pencegahan PENYAKIT KARDIOVASKULAR, termasuk arterosklerosis (ARTERI TERSUMBAT).
Mengurangkan kekerapan ‘ANGINA EPISODE’ dan menguatkan otot jantung
Tekanan darah pada penyakit dengan TEKANAN DARAH TINGGI

2. UNTUK KANSER:
Doktor telah menggunakan CoQ10 untuk merawat KANSER PAYUDARA dan kesihatan sokongan kepada pesakit yang menerima kemoterapi.

3. PENYAKIT GUSI:
CoQ10 juga telah digunakan dengan keputusan yang baik untuk merawat GEJALA DISTROFI OTOT dan PENYAKIT GUSI

4. KESIHATAN MENTAL:
Pesakit PARKINSON boleh mendapat manfaat daripada CoQ10 tambahan.

5. RAWATAN OBESITY:
CoQ10 boleh MENGURANGKAN BERAT BADAN dan ia telah dicadangkan bahawa CoQ10 boleh memberi manfaat dalam rawatan pesakit dengan SINDROM KELETIHAN KRONIK.

6. TINGKATKAN KESUBURAN LELAKI & PEREMPUAN DENGAN COQ10
CoQ10 turut dikaitkan dengan peningkatan dalam jumlah sperma dan membantu KESUBURAN LELAKI.


CoQhealth dapat membantu meningkatkan peluang hamil bagi wanita yang berusia lewat 30-an. Ianya bertindak sebagai pembekal tenaga kepada badan semasa proses ovulasi dan menghasilkan telur yang matang, berkualiti dan sihat. 



Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
 --------------------------------------------------- 
 Elda Malissa 
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 


Saturday, September 27, 2014

Makan Vitamin Shaklee Tetapi Tiada Kesadn.. Periksa Dahulu Tips Mudah Vitamin Diserap Badan

Makan  Vitamin Shaklee Tetapi Tiada Kesan. Cara Mudah Untuk Minum Air Yang Cukup



Assalamualaikum..

Ramai yang tahu bahawa apabila anda mengambil supplemen, anda sering dinasihatkan untuk minum air yang cukup, atau sekurang-kurang 2.5 - 3 liter sehari. Ini kerana vitamin adalah dalam bentuk doa yang pekat. Vitamin dalam makanan memerlukan masa untuk diuraikan okeh tubuh, dan ada yang tak terurai pun. Tetapi supplemen vitamin terus terurai dalam bentuk yang ringkas.
Jika anda telah mengamalkan vitamin shaklee tetapi kecewa kerana ianya tidak mendatangkan keputusan yang anda impikan, periksa semula penganbilan air anda. Hanya air kosong sahaja, air berperisa apa sahaja tak boleh dikira. 

Bukan hanya ketika anda mengamalkan suplemen sahaja anda harus minum air 2.5 - 3 liter sehari, malah air masak sangat penting untuk kesihatan tubuh badan Untuk kesihatan bersama, kita perlu mengambil air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Namun, tidak ramai yang amalkan minum 8 gelas sehari malah ada yang tidak minum air langsung. 

Bagaimana untuk membuatkan seseorang minum 3 liter sehari.

Letak botol air dekat dengan anda
Selain menjadi peringatan, ini juga akan memudahkan anda untuk minum air.
Minum segelas penuh air beberapa kali dalam sehari
Sebelum makan, selepas bangun tidur dan saat akan tidur adalah masa yang baik untuk meminum segelas air.
Jadikan air putih pengganti pilihan minuman anda
Anda mungkin lebih gemar minuman manis seperti soda atau minuman ringan lain. Jika keinginan untuk minum minuman kesukaan anda, cuba minum air terlebih dahulu sebelum minum minuman lain.
Beli air dalam bungkusan yang cukup mahal
Anda akan berasa bersalah jika tidak menghabiskan air dalam bungkusan yang mahal, ini boleh menjadi motivasi untuk minum lebih banyak. 
Tambah potongan buah segar atau sayur dalam air
Lemon atau limau nipis paling sering ditambah pada air, cubalah dengan buah atau sayur lain seperti strawberi, tembikai, anggur ataupun daun mint. 
Jadi, minumlah air secukupnya untuk mendapatkan kesan vitamin yang optimum. 

Hubungi kami seperti di bawah.
--------------------------------------------------- 
 Elda Malissa 
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 

Cara Paling Mudah Ketahui Waktu Subur. Vitamin Untuk Haid Normal

Cara Paling Mudah Ketahui Waktu Subur. Vitamin Untuk Haid Normal



Assalamualaikum..


Semalam kita dah belajar cara kira waktu subur, di mana pengetahuan tentang waktu subur amat penting untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil. Tetapi, kadang-kadang kita selalu miss count last period kita kan? Kalau anda seorang jenis yang teratur, magament tip top, mesti boleh catit kitaran haid secara konsisten. Hihi. Kalau jenis saya, memang main ingat macam tu sahaja lah, konon-konon nak asah ketajaman otak lah. Tapi, sebagai seorang yang jenis kelam kelibut, memang senang lah lost counf. Hehe.

Tapi, sebenarnya anda boleh catit kitaran haid anda dengan lebih mudah, iaitu dengan menggunakan aplikasi dalam telefon pintar anda (smart phone ~ pakai hentam ja translate). Dalam zaman sekarang ni, teknologi semakin canggih dan memudahkan kita sebagai pengguna. Pelbagai aplikasi boleh dimuat turun ke dalam telefon anda.  Aplikasi yang anda boleh guna untuk mencatit kitaran period anda ialah:

1. My Calendar


2. Period tracker


3.My days



Memang mudah sangat menggunakan aplikasi ni. Apa anda perlu buat hanya key in sahaja hari pertama dan hari terakhir haid anda. Lakukan setiap bulan, untuk dapatkan kitaran normal anda. Istimewa tentang aplikasi ni, ianya bukan sahaja merekodkan haid anda, juga boleh memberikan panduan bila ovulasi berlaku. Anda juga diberitahu tentang waktu subur untuk meningkatkan peluang hamil atau mencegah kehamilan. 

Aplikasi ni percuma sahaja. Apa yang perlu anda ada untuk muat turun aplikasi ni adalah smart phone dan internet connection. :D

Vitamin Shaklee untuk stabilkan hormon dan kitaran haid normal.


Kitaran anda tidak teratur? Kadang-kadang datang, kadang-kadang berbulan baru datang. Keadaan ini memang menyukarkan anda untuk menentukan hari subur anda. Cubalah GLA Complex Shaklee. Ianya ternyata telah membantu ramai wanita mendapatkan kitaran haid yang normal, dan akhirnya berjaya mengandung/hamil. 


GLA Complex merupakan suplemen wajib untuk wanita yang sedang mencuba untuk hamil. Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan. GLA complex membantu tubuh menghasilkan 'cecair kesuburan'. 'Cecair kesuburan' ini memberi 'ruang' untuk sperma terus hidup hingga 5 hari.



Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
 Elda Malissa ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 


Friday, September 26, 2014

Supplemen : Perlukah Ianya Diamalkan? Vitamin Asas Perlu Untuk Diamalkan

Assalamualaikum..


Mari berbincang mengenai kepentingan mengamalkan makanan tambahan atau supplemen di zaman yang serba moden sekarang ini. Adakah ianya harus atau wajib untuk diamalkan? Jika anda seorang yang sangat mementingkan kesihatan, anda wajib untuk mengambil supplemen. Keadaan bumi tempat kita tinggal sekarang ini sudah semakin tercemar, baik air, begitu juga udara. Radikal bebas akibat daripada aktiviti harian akan merosakkan sel-sel dalam badan dan memudahkan kita mendapat penyakit.

Tetapi kita sering dimomokkan dengan kesan-kesan negatif dan bahaya akibat pengambilan vitamin. Tapi, pernahkah anda membuat research lebih dan sekurang-kurangnya memikirkan lojik kenapa boleh dan tidak boleh mengambil supplemen? Ya, pengambilan vitamin jangka masa panjang adalah memudaratkan kesihatan, jika anda mengambil supplemen yang tidak bersifat organik tetapi jenis sintetik. Sebab itu saya mencadangkan pengambilan supplemen vitamin Shaklee. :) Bukan biased sebab saya pengedar Shaklee, tetapi kerana ianya terbukti selamat.  (Baca : perbezaan vitamin semulajadi dan sintetik)

Memetik perkongsian oleh Prof. Dr. Muhaya di TV9 dalam rancangan Nasi Lemak Kopi 'O'.

"Mereka yang berumur lingkungan 20-40 tahun perlu mengambil supplemen walaupun mereka fikir telah mengambil makanan yg seimbang. Kesannya mereka akan dapati selepas umur 40 tahun."

"Antara barang branded dan supplemen, lebih baik memilih untuk membeli supplemen. Kerana barang branded hanya nampak di luaran sahaja. Tetapi supplemen yg anda amalkan akan memberi kesan kepeda tubuh badan anda. Iaitu kesihatan."
"Jangan asyik nak kejar kekayaan, tapi utamakan lah juga kesihatan. Jika tidak, selepas umur 40 tahun nanti, tak mustahil anda akan habiskan kekayaan anda untuk mencari kesihatan."

Banyak sangat supplemen yang ada dalam rangkaian pelbagai produk kesihatan. Jadi, vitamin apa yang perlu kita amalkan? Saya senaraikan di bawah vitamin yang wajib atau vitamin asas yang perlu kita ambil untuk menguatkan sistem tubuh melawan penyakit.

1. Multivitamin.

Multivitamin memastikan kita mendapat kesemua nutrisi perlu yang sukar kita dapat kesemuanya daripada diet atau menu pemakanan harian kita. Jika anda sememangnya menjaga diet seperti yang dicadangkan dalam piramid makanan, mungkin anda tak perlu 'bother' untuk mengambil multivitamin. Tetapi, masih digalakkan untuk mengambilnya untuk ekstra perlindungan terhadap penyakit.

2. Vitamin C
Vitamin C adalah antioksidan yang melawan radikal bebas, dan meningkatkan sistem imunisasi badan. Vitamin C adalah vitamin larut air dan tidak bokeh disimpan dalam badan. Vitamin C perlu sentiasa ada di dalam badan dan perlu direcharged setiap 6 jam kerana ianya digunakan dengan sangat cepat dan dibuang dari dalam badan.

3. Vitamin D
Sumber terbaik Vitamin D adalah dari cahaya matahari pada waktu pagi. Berjemur selama 15-20 minit setiap hari untuk mendapatkan vitamin D. Vutamin D memelighara anda daripada penyakit kanser dan meningkatkan imunisasi.

4. Zinc
Zinc adalah komponen penting daripada 3000 enzim yang diperlukan untuk memulihkan luka, mengekalkan kesuburan, membantu menghasilkan sel-sel barum tingkatkan imun sistem dan memelihara daripadaradikal bebas.

5. SELENIUM (200-250MCG) per day with morning or noon meal
Again due to destructive farming practices, overuse of pesticides and not letting the soil rest, over two thirds of the world's soil is selenium deficient and not fit for growing crops. Selenium is a vital and necessary mineral and is almost totally devoid from the human diet because of modern farming methods.
Selenium should be taken daily along with Zinc which greatly increases the effectives and immune boosting capabilities of both. 2-3 Brazil nuts contain approx 200mcg of selenium, so this is an excellent natural whole food source of selenium along with yeast, whole grains, and seafood.
6. VITAMIN B Complex (50-100mg)
The vitamin B complex refers to all of the known essential water-soluble vitamins except for vitamin C. These include thiamine (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niacin (vitamin B3), pantothenic acid (vitamin B5), pyridoxine (vitamin B6), biotin, folic acid and the cobalamins (vitamin B12).
Vitamin B complex provides potent anti-oxidant protection to the body and particularly to the cells of the brain and central nervous system. Since they are part of a family of vitamins which function best as a team they should all be taken together instead of separately.
Adults should take 50-100mg per day of each of the B vitamins except for B12 which should not exceed 1mg per day. Various dosages of the B vitamins may be taken for specific purposes. For example, niacin can be taken at 2-3 grams per day to lower cholesterol or treat schizophrenia. 500mg of vitamin B5 can be taken to increase mental and physical stamina.


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
---------------------------------------------------
 Elda Malissa
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :

Cara Ketahui Ovulasi Dan Cara Kira Waktu Subur. Peluang Hamil Lebih Tinggi

Cara Ketahui Ovulasi Dan Cara Kira Hari Subur. Peluang Hamil Lebih Tinggi



Assalamualaikum.

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga, pasti menginginkan zuriat pewaris keturunan kan? Namun, ada juga pasangan yang masih belum bersedia di awal perkahwinan kerana selalu beralasan tunggu kewangan stabil dahulu. Anak itu membawa rezeki, bahagian dia dah ditetapkan, dia tak mengambil pun bahagian rezeki mak ayah dia. Mana tahu apabila dapat anak, suami dapat pekerjaan yang lebih baik, gaji lebih tinggi ke, siapa tahu kan? Yakin pada Allah yang memberi rezeki, Dia dah atur yang terbaik untuk hamba-hambaNya. 
Bercerita mengenai zuriat ni, tak semua pasangan dikurniakan anak dalam tempoh yang singkat selepas menikah. Ada pasangan yang diuji lebih lama. Makan masa bertahun untuk berjaya hamil. Itupun setelah pelbagai usaha dilakukan. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha yang sungguh-sungguh, Allah pasti makbulkan jika itu memang yang terbaik buat kita. 
Bilakah waktu terbaik untuk pasangan suami isteri 'membuat anak'? Banyak perkara yang boleh menjadi tanda aras, bahawa si isteri adalah dalam keadaan paling subur dan peluang hamil paling tinggi, iaitu pada hari ovulasi. 

Mari belajar dahulu apa itu ovulasi.

Ovulasi adalah kejadian apabila satu atau lebih telur paling matang dilepaskan dari salah satu ovari dan di simpan di dalam tiub falopio. Tiub falopio pula menyambungkan ovari ke uterus atau rahim. Ovulasi adalah masa yang paling subur dalam kitaran haid anda. Ovari tidak semestinya bergilir-gilir melepaskan terus, tetapi ianya berlaku secara rawak. Jadi, tidak hairanlah, jika ada yang masih boleh hamil walau hanya dengan sebelah ovari sahaja.

Bagaimana hendak menentukan ovulasi berlaku dan memberi peluang untuk anda hamil?

Untuk hamil secara semulajadi, telur wanita akan bertemu dengan sperma lelaki dan bercantum (senyawa) di dalam tiub falopio. Tetapi, perkara ini hanya berlaku apabila ovulasi telah berlaku. Ovum boleh hidup hanya 24 jam selepas ovulasi. Jadi, peluang untuk hamil hanya boleh berlaku dalam tempoh tersebut (sehari).
Adakah anda perlu tergesa-gesa untuk melakukan hubungan seks pada hari tersebut? Hari ovulasi berlaku tidak dapat dijangka secara tepat. Tetapi, jangan risau, jangan gundah sebab sperma boleh hidup sehingga tujuh (7) hari di dalam tiub falopio. 

Jadi, mari belajar bagaimana meningkatkan peluang hamil dengan cara mengira waktu subur anda. 

Cara paling mudah untuk menentukan waktu subur anda ialah dengan mengira kitaran haid anda. Tidak semua wanita memounyai kitaran haid yang sama, dan lebih menyedihkan, tidak semua wanita mempunyai period yang tetap. Ada yang berbulan baru period sekali, ada yang bertahun. Jika anda di kategori ini, memang sangat sukar untuk mengira waktu subur. Anda perlu berjumpa dengan pakar untuk membuat pemeriksaan lanjut. Atau anda boleh mencuba GLA Complex Shaklee untuk membetulkan haid anda terlebih dahulu sebelum merancang.
Jom teruskan dengan belajar cara mengira waktu subur untuk menjadikan usaha 'membuat anak' itu berhasil. :D
Ovulasi biasanya bermula di antara hari ke 12 hingga 14 sebelum hari haid yang pertama. Sepertinya sukar kan untuk tahu bila hari pertama period akan berlaku. Itu pentingnya anda merekodkan kitaran haid anda setiap bulan. Kebanyakan wanita mempunyai kitaran haid normal sebanyak 28 hari. 
Kita ambil contoh kitaran haid anda ialah 28 hari dan tetap. Cara mengira kitaran haid adalah dengan cara kira hari pertama anda datang haid sebagai hari pertama dan hari sebelum haid bulan seterusnya adalah hari terakhir. Faham kan? Jadi untuk kitaran 28 hari, waktu subur anda adalah diantara hari ke 12 hingga ke 17.

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Bagaimana untuk meningkatkan kebarangkalian anda untuk hamil?

Ovum boleh hidup satu hari, iaitu 24 jam sahaja. Untuk menjangka hari ovulasi benar-benar berlaku juga tidak mudah. Jadi bagaimana untuk anda meningkatkan peluang untuk hamil? 3 situasi anda bokeh praktikkan. 
Contoh: Kitaran haid 28 hari
Situasi 1:
Jika ovum matang dibebaskan pada hari ke-12 & hidup 24 jam iaitu sehingga hari ke-13. Hubungan seks pula dilakukan pada hari ke-14, kemungkinan ovum tidak bercantum dengan sperma walaupun waktu subur jangkaan adalah dari hari ke 10 hingga 14.
Situasi 2:
Jika hubungan seks dilakukan pada hari ke-10 iaitu sebelum ovulasi. Sperma biasanya boleh hidup 2-3 hari. Jadi jika ovum dilepaskan pada hari ke-12, persenyawaan masih boleh berlaku.
Situasi 3:
Sperma yg gagah boleh hidup lebih lama, katakan 5 hari. Jika hubungan seks dilakukan pada hari ke-8 iaitu sebelum ovulasi... ovulasi pula berlaku pada hari ke-14 (jarak 6 hari dari hubungan seks terakhir), kedua ovum dan sperma sudah berada di tiub fallopio dan persenyawaan masih boleh berlaku dengan jayanya.
Untuk persenyawaan ini boleh terjadi, haruslah dipastikan perkara berikut:
  • sperma sihat supaya boleh hidup lebih lama.
  • kenal pasti perubahan diri untuk detect bila ovulusi berlaku
  • lakukan hubungan seks sekerap mungkin sebelum dan semasa waktu subur.
Vitamin Shaklee boleh membantu meningkatkan peluang anda hamil dan mempunyai zuriat sendiri.

1. Zink - Bantu meningkatkan bilangan dan kualiti sperma. Melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

2. GLA Complex - Membetulkan kitaran haid dan menyediakan cecair serviks yang subur.

3. Vitamin E - Tambahan selenium & vitamin E meningkatkan kualiti air mani dan menambahkan keseronokan seksual.

4. Alfalfa Complex - Berfungsi seperti kacip fatimah dan mengurangkan masalah keputihan. Juga sebagai detoks, mengeluarkan toksin dalam badan yang menghalang penyerapan vitamin yang optimum.

5. ESP - Menguatkan rahim bagi yang senang mengalami keguguran.

6. Vita-lea -Mangan dan magnesium dalam multivitamin membantu eraksi lelaki. Vitamin A dalam multivitamin membantu kesuburan wanita.

7. Vitamin C - Anti oksida untuk melindungi sperma bagi menghasilkan sel yang sihat.

8. B-Complex - Mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma dan memberi tenaga. Membantu kematangan ovum dan pembentukan plasenta. 



**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. ** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) ** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: --------------------------------------------------- Elda Malissa ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **